Tuesday, January 6, 2009

YAUMUL ASYURA


Alhamdulillah..sekali lagi Allah beri kesempatan dan peluang kepada kita untuk dapat bertemu dengan Hari Ashura yakni pada 10 Muharram 1430 H. Ianya adalah salah satu hari yang sangat bersejarah dalam perkembangan agama Allah .Banyak hal istimewa yang terjadi.Tidak hairan jika Nabi Muhammad S.A.W menganjurkan umatnya untuk berpuasa pada hari itu. Pada hari Asyura telah berlaku beberapa pekara, sama sama la kita mengingatinya dan jadikan ia satu iktibar dan pengajaran bahawa Allah Maha Esa dan Maha Agung..AMIN. Antara peristiwa yang berlaku ialah ;

1. Nabi Adam as. diciptakan di syurga, taubatnya diterima oleh Allah,
2. Bahtera Nabi Nuh as. berlabuh di gunung Judi,
3. Allah membelah lautan melalui tongkat Nabi Musa as.,
4. Tentera Fir’aun ditenggelamkan,
5. Nabi Yunus as. dikeluarkan dari perut ikan paus,
6. Nabi Yusuf as. dikeluarkan dari sumur,
7. kaum Nabi Yunus diterima taubatnya,
8. Nabi Ibrahim as. dilahirkan dan selamatkan dari api,
9. Nabi Isa as. dilahirkan dan diangkat ke langit,
10. Nabi Ya’qub as. dipulihkan penglihatan matanya
11. Nabi Ayyub as. dihilangkan petaka yang menimpa dirinya
12. Nabi Daud as. diampuni oleh Allah.

Sebagai umat Islam kita dituntut untuk meraikan hari asyura ini dengan berpuasa sunat. iaitu pada 9 dan 10 Muharram atau pada 10 dan 11 Muharram.


Sabda Rasulullah s.a.w ;


"Orang2 Quraisy biasa berpuasa pada hari asyura di masa jahiliyyah,Rasulullah pun melakukannya pada masa jahiliyyah. Tatkala beliau sampai di Madinah beliau berpuasa pada hari itu dan memerintahkan umatnya untuk berpuasa." (HSR Bukhari 3/454, 4/102, 244, 7/ 147 Muslim 2/792, dll).


"Nabi tiba di Madinah, kemudian beliau melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari asyura. Beliau bertanya:"Apa ini?" Mereka menjawab:"Sebuah hari yang baik, ini adalah hari dimana Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuh mereka, maka Musa berpuasa pada hari itu sebagai wujud syukur. Maka beliauRasulullah menjawab:"Aku lebih berhak terhadap Musa daripada kalian (Yahudi), maka kami akan berpuasa pada hari itu sebagai bentuk pengagungan kami terhadap hari itu." (HSR Bukhari 4/244, 6/429)"


Rasulullah ditanya tentang puasa Asyura, beliau menjawab:"Puasa itu boleh menghapuskan dosa-dosa kecil pada tahun sebelumnya."(HSR Muslim 2/818-819)


"Puasalah pada hari Asyura dan berpuasalah sehari sebelum dan setelahnya dan janganlah kalian menyerupai orang Yahudi."


Rasulullah berpuasa pada hari asyura dan memerintahkan berpuasa. Para sahabat berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya hari itu diagungkan oleh Yahudi." Beliau bersabda:"Di tahun depan insyaAllah kita akan berpuasa pada 9 hb (Muharram).", tetapi sebelum datang tahun depan Rasulullah telah wafat." (HSRMuslim 2/798)


Dalam riwayat lain: "Jika aku masih hidup pada tahun depan, sungguh aku akan melaksanakan puasa pada hari kesembilan."(HSR Muslim 2/798; Ibnu Majah,Ahmad, Tabrani dll).


Beberapa Hadis di atas jelas menerangkan kepada kita mengenai tuntutan berpuasa sunat pada hari Asyura sebagai memuliakannya. Adapun cara yang dituntut ialah dengan berpuasa sehari awal atau sehari selepas hari asyura. Ianya bertujuan untuk membezakan puasa umat Islam dengan yahudi.


Selain itu kita juga dianjurkan melakukan beberapa amalan sunat pada hari tersebut seperti berikut ;


1. Melapangkan masa dan berbelanja kepada anak, isteri dan kaum keluarga

2. Memuliakan fakir dan miskin

3. Menahan Marah

4. Menunjukkan orang yang sesat dalam perjalanan

5. Menyapu atau mengusap kepala anak-anak yatim

6. Bersedaqah

7. Memelihara kehormatan diri

8. Mandi Sunat

9. Bercelak

10. Membaca surah al-Ikhlas 1000 x dengan ikhlas dan mampu

11. Solat sunat 4 Rakaat dengan 1 salam

12. Membaca "HasbiaAllahu Wa ni' mal Wakil, Ni'mal maula Wa ni'mannasir"

13. Menjamu orang berbuka puasa

14. Berpuasa sunat


setiap amalan yang dilaksana akan beroleh ganjaran dan hikmah dari Allah s.w.t.


No comments: