Monday, October 26, 2009

AKU, RAMADAN DAN SYAWAL YANG BERLALU

  • Assalamualaikum , Semoga Allah yang maha berkuasa akan memberkati kehidupan kita dengan rahmat NYA. Kerana dengan rahmat Allah jua kita diberi nikmat dan diberi kelebihan dalam kehidupan. Ada pun yang bersifat kurang, tidak lain tidak bukan adalah supaya mengingatkan kita sehebat dan setinggi manapun kita di dunia ini kita tetap sebagai hamba NYA.
  • alhamdulillah dikesempatan ini saya berpeluang untuk mencoret seringkas kisah mengenai saya, ramadan dan syawal yang telah berlalu.
  • Menjalani ibadah ramadan pada tahun tidak lah sama seperti saya melaluinya pada ramadan yang berlalu. Ramadan pada tahun ini sangat menguji dalaman saya. Keadaan saya yang agak kurang sihat sedikit sebanyak menganggu ibadah puasa saya. Sememangnya sebelum ramadan saya selalu berdoa moga Allah memberi kekuatan hati untuk saya meneruskan ibadah puasa. Bagaimanapun , alhamdulillah Allah beri saya kekuatan untuk berpuasa selama sebulan. Terima kasih ya Allah...
  • Ramadan tahun ini juga, kelainannya saya rasai kerana sepanjang ramadan saya dikehendaki untuk membantu menguruskan jadual berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim dari Yayasan al-Ijabah. jadi adakalanya saya berbuka puasa diluar. Berurusan dengan pelbagai pihak memberi pengalaman kepada saya bahawa dalam melakukan amal kebaikan bukanlah satu perkara yang mudah bagi sesetengah orang. Adakalanya orang menggunakan anak-anak yatim untuk meraih nama dan populariti. Macam-macam ragam manusia yang saya lihat. Apa yang penting dalam setiap kita perlu belajar untuk jujur dengan hati sendiri dan membetulkan niat bila melakukan sesuatu tidak kira dalam apa keadaan sekali pun.
  • Alhamdulillah saya juga telah melaksanakan majlis berbuka puasa diantara anak-anak yatim dan juga penghuni Darul Ukhuwwah. dengan harapan mudah-mudahan dengan kehadiran anak-anak yatim Allah memberi keberkatan di dalam kehidupan mereka.
  • Ramadan pada tahun nie juga Allah limpahkan saya sedikit rezeki. Terdapat beberapa pihak telah membuat tempatan kurma, kek dan juga air zam-zam untuk program sempena ramadan. Pada siang hari saya berkerja, dan selapas solat sunat tarawih saya menguruskan segala tempahan tersebut. Doa saya semoga Allah membantu dan membuka jalan keluar terhadap segala kesulitan saya dan memakbulkan hajat untuk berjaya dalam bidang yang saya lakukan.
  • Tahun nie saya pulang untuk beraya bersama nenek dan keluarga di Miri, Sarawak. saya balik tahun ni setelah 2 tahun tidak beraya bersama keluarga di sana. Syukur pada Allah yg telah memberi kesempatan bertemu nenek dan keluarga pada tahun ini. 2 tahun sebelum ni saya beraya bersama sepupu di shah Alam.
  • Syawal tahun ini agak berbeza spt sebelum tahun tahun yang saya pernah pulang beraya di kampung. Pada malam raya saya telah memimpin sebahagian ahli keluarga untuk solat maghrib dan isyak diiringi takbir raya. (dalam hati terdetik, adakah hal yang sama juga boleh aku lakukan pada syawal akan dtg). Dalam keseronokan dan kesibukan untuk berhari raya , saya dan keluarga tidak lupa kepada mereka yang tiada. Pagi raya saya memimpin keluarga untuk bacaan tahlil bagi dihadiahkan buat arwah ibu (al-Fatihah) dan atok, disamping memberi tazkirah ringkas berkaitan kehidupan, ikhlas dalam memaafkan serta input berkaitan syawal. Selesai tazkirah, sesi bermaafan pun dimulakan. Seperti biasa tangan dihulur maaf dipinta , sebagai tanda ukhuwwah yg sejati di dalam kekeluargaan tak kurang yang menitiskan air mata. (dalam hati saya terdetik, semoga Allah mengampun semua ahli keluarga ku serta memberi hidayah kepada semua).
  • Seminggu hari raya, saya membawa nenek saya untuk menjalani ujian darah dan juga berjumpa doktor untuk mengetahui perkembangan kesihatan nenek sejak beliau menjalani pembedahan kanser beberapa bulan yang lalu. Kali ini, saya menemankannya untuk mengetahui tindakan selanjutnya. Alhamdulillah Doktor menyatakan kesihatan nenek semakin baik, cuma perlu menjalani sekali lagi pembedahan untuk membuang segala sisa kanser yang tertinggal. (dalam hati berdoa semoga Allah sembuhkan nenek dan mengurniakan kesihatan yang baik padanya). InsyaAllah pada 1 november nenek akan datang ke KL untuk menjalani pembedahan di hospital ampang.
  • Pada 2 oktober 2009 , ahli keluarga juga telah mengada sambutan hari lahir yang ke 31 tahun bersama dengan sepupu saya yang lahir pada 1 okteber. (dalam hati teringat kat kawan AT yang lahir pada 4 oktober). Terima kasih kepada yang mengadakan majlis ini. Semoga Allah membalas dengan kebaikan.
  • Pada 3 oktober 2009 jam 6.25 pagi , dengan menaiki pesawat mas MH5109 saya pulang ke shah alam. Terima kasih buat ahli keluarga, terima kasih juga buat sahabat saya Haizul yang bersama sama sepangjang berada di Miri.