Sunday, February 1, 2009

UNTUK MU SAUDARAKU DI PALASTINE





Alhamdulillah ....Terima kasih ya Allah kerana memberi hadiah kepada saya untuk berpeluang melakukan kebaikan dan kebajikan pada hujung minggu ini. Pada sabtu dan Ahad minggu ini jadual saya agak padat kerana saya telah dijemput untuk bersama-sama di dalam usaha orang ramai dalam membantu saudara seIslam di bumi Palastine. Kalau direnung sejenak apalah daya saya untuk berhadapan situasi dan keadaan di sana melainkan dengan banyak berdoa, solat hajat dan memberi sekadar apa yang mampu.
Pada hari sabtu tengahari setelah mengurus beberapa kerja dan solat Zuhur saya melangkah keluar dari rumah menuju ke Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi. Petang ni saya telah dijemput untuk menjadi moderator bagi satu majlis yang dikenali sebagai 'Chit chat Zakat' dimana konsepnya seperti rancangan nasi lemak kopi O di TV9. Ini merupakan pengalaman pertama saya bagi program seperti ini. kerana sebelum ini saya banyak terlibat sebagai emcee bagi majlis rasmi dan protokol.





Ade 2 orang panel bersama saya pada petang ni iaitu Ustaz Mohd Ramzi dari Kaunter LZS Subang Jaya dan Ustaz Mohd Faryzan dari Jabatan Dakwah & Kutipan LZS. Hari ni panel membawa perbincangan berkaitan ibadah zakat iaitu dari aspek beza sedekah, wakaf dan zakat, hikmah berzakat, jenis-jenis zakat, perkongsian pengalaman serta hukum orang yang ingkar terhadap kewajipan berzakat. Banyak yang dibahaskan. sangat menarik perhatian yang mendengar. chit chat kami juga diselangi dengan persembahan nasyid dari kumpulan MARWAN dari LZS.
Alhamdulillah saya mendapat respon yang baik dari panel dan penonton. Kami bersembang lebih kurang satu jam bermula jam 4 petang hingga 5 petang. Selepas selesai majlis, saya berjumpa dengan bekas Pensyarah saya iaitu Dr. Sulaiman Ibrahim, UKM. Beliau mengajak saya dan anak lelakinya pergi ke UNITEN untuk menikmati nasi Arab dan Roti Arab....sangat sedap dan sangat banyak nasi tu. Daging Kambing dan ayamnya sangat lembut. Alhamdulillah ada rezeki untuk saya....dah 3 minggu tak jamah nasi.
Pada sebelah Malam saya sempat ke Masjid Negeri untuk bersama-sama meraikan malam untuk mu Palastine, dimana kutipan derma diperhebatkan lagi. Ramai juga yang hadir. Orang dipersembahkan dengan tayangan slide, persembahan nasyid dari Muaz, Rabbani dll. Saya sempat membeli seledang yang saya niat untuk digunakan pada keesokan hari nya.
Pada hari Ahad pula saya sekali lagi ke Kompleks PKNS Bangi kerana menerima jemputan untuk menjadi pengacara di majlis kutipan derma bagi Palastine. Kali nie isu tertumpu kepada ibadah zakat dan keperluan memberi sokongan terhadap palastin. Hari ni pengunjung agak ramai. terutama kanak-kanak kerana pertandingan mewarna diadakan. Petang nie saya menjadi moderator bagi seorang panel iaitu Ustaz Mohd Uda Kasim, Penceramah bertauliah MAIS. Sangat bagus kupasan dan pendekatan ceramahnya. Akhirnya ramai yang memenuh tabung untuk menderma. kanak-kanak sgt terhibur kerana pendekatan ceramah ustaz tersebut. Alhamdulillah dengan wang zakat...LZS telah menderma sebagai RM1 Juta untuk Palastine baru-baru ini.




Ini gambar saya yang sempat saya ambil sebelum naik ke pentas, dan saya menggunakan seledang masjid aqsa dan bendera palastine sebagai tanda sokongan. Sesuai dengan tema majlis.



Ini adalah gambar rakan saya Ustaz Mohd Zaki Rahim, sedang berbincang sesuatu bersama salah seorang ahli panel.



Ini adalah bendera ISRAIL yang dilekat di atas lantai PKNS untuk di pijak. waktu saya ambik gambar nie orang takda lagi. jadi dengan camera phone yang terhad saya ambik juga pic nya....nampak lah juga kasut saya tu...:))


Ya Allah Selamatkan saudara-saudara saya di Palastin. Ya Allah..Kasihanilah kanak-kanak yang tidak berdosa, Kasihanilah Wanita-wanita yang Lemah, Kasihanilah Orang-orang tua Islam yang tidak berupaya serta berilah pahala Syahid kepada orang-orang yang berjuang dan sesiapa sahaja yang turut serta berjuang untuk agama Mu. Selamatkanlah saudara saya dan berilah kemenangan kepada Islam. Ya Allah engkau hancurkanlah tentera Israil sepertimana dikau menghancurkan tentera bergajah dengan burung Ababil-Mu...






































































































IKHLAS


Terdapat tiga sifat mahmudah yang perlu dijana dalam kehidupan peribadi kita. Tiga sifat yang dimaksudkan ialah sifat Ikhlas, Redha dan juga Sabar. Memperolehi sifat tersebut bukanlah mudah, tetapi jika sudah memperolehinya tidak pula mudah untuk dijaga. Bagaimanapun kali nie saya nak kongsi berkaitan dengan sifat Ikhlas sahaja.

Ikhlas adalah sifat hati yang sangat penting untuk dibina dalam hati kita, kerana dengan ikhlaslah Allah memandang hati seseorang hamba-Nya. Dengan ikhlaslah sesuatu amalan dan kebajikan akan mendatangkan pahala serta meraih pandangan Allah dan keredhaanNya. Sebagai contoh, amalan solat juga menuntut kita untuk ikhlas dalam melaksanakannya. kerana Ikhlas, solat tersebut akan memberi kesan terhadap ketenangan jiwa. Ikhlas sebenarnya merupakan perasaan yang sangat halus. Ia semacam satu perasaan dimana kita dengan Allah sahaja yang mengetahui.

Untuk mendapatkan rasa ikhlas tersebut ia memerlukan mujahadah. Tetapi sekiranya kita melihat dengan mata hati kita akan nampak cahaya keikhlasan seseorang itu tanpa dia sedari. Oleh itu, hati kita perlu diasah untuk ikhlas dalam semua perkara. Sebab banyak perkara menuntut kepada keikhlasan. Dalam amalan perlu ikhlas, berdoapun perlu ikhlas, bekerjapun perlu ikhlas dan bersahabat pun perlu kepada keikhlasan. Contoh yang lain, bila kita memberi sesuatu sadaqah kita perlulah ikhlas dan orang yang menerima juga perlu ikhlas menerima. Oleh itu marilah kita menjana sifat Ikhlas dalam hati kita....Amin