Monday, January 5, 2009

31 DISEMBER 2008


KAUNTER LZS PKNS SHAH ALAM

SHEIKH AFFANDI MENERIMA ZAKAT DARI PEMBAYAR TERAKHIR

USTAZAH AMELIA SEDANG MENYEMAK RESIT...hehe



KAK ROZIE DAN USTAZ FARID SANGAT KHUSYUK MENYIAPKAN KERJA



USTAZ DIN DAN SHEIKH HISAMSU YANG SETIA DENGAN KIRAAN UWANG



SEDAPNYA KFC SEHINGGA MENJILAT JARI...






KENDURI K.F.C.....:))
Hari ni adalah hari yang penuh dengan cabaran bagi semua amil di Lembaga Zakat Selangor terutama sekali pegawai-pegawai yang diberi mandat untuk bertugas di 22 buah kaunter LZS di Selangor. Bermula 15 Disember 2008 hingga 31 Disember 2008 , saya bersama 7 orang rakan yang lain dikehendaki bertugas di kaunter LZS PKNS Shah Alam. Hari ni kaunter telah dibuka seawal jam 8.00 pagi. Suasana di kaunter PKNS hari ini adalah luar biasa dari hari-hari yang lain. Orang yang datang untuk melunaskan kewajipan ibadah zakat sangatlah ramai. tak menang tangan dibuatnya. Demi untuk mencapai target 230 juta telah mendorong saya dan rakan-rakan bertungkus lumus melayan setiap pembayar zakat yang datang dengan sebaik mungkin. Apa yang penting, saya merasa puas dengan apa yang telah dilakukan. setiap pembayar akan diiringi dengan doa. Gembira rasanya bila melihat kepuasan diwajah setiap pembayar yang ikhlas mengaminkan doa yang dibacakan. Mudah-mudahan merahmati setiap mereka yang berzakat. Pada tarikh tersebut kaunter telah ditutup jam 9 malam dan diakhiri dengan jamuan makan sebagai meraikan rakan-rakan yang telah kelelahan bertugas. kira-kira jam 10 malam kami meninggalkan kaunter LZS-PKNS. Kepada semua sahabat - sahabat...didoakan semoga kita dapat bertemu lagi sebagai satu pasukan di kaunter PKNS...best...