Friday, December 26, 2008

SOLAT HAJAT UNTUK NENEK


Sesungguhnya apabila kita telah berusaha maka sebagai hamba Allah yang sangat lemah kita perlu menyandarkan segala pengharapan dan hajat dengan jalan tawakal. Nenek saya Hajjah Sally Hikcs Abdullah telah mengalami ketumbuhan di perutnya, dimana ketumbuhan tersebut sebesar kepala bayi yang baru dilahirkan. Pada 12 hb Disember 2008 (Jumaat) nenek saya menjalani satu pembedahan bagi mengeluarkan ketumbuhan di perutnya. Menurut Doktor , pembedahan nenek agak berisiko memandang usia nenek yang sudah tua iaitu 71 tahun. Sebagai seorang cucu yang sangat rapat sudah pasti jauh disudut hati timbul perasaan sedih dan risau. Tiada apa yang mampu saya lakukan hanya berdoa kepada Allah agar nenek selamat menjalani pembedahan. Alhamdulillah pihak Masjid Sultan Salahudin Abd Aziz Shah juga turut juga mengadakan solat hajat untuk keselamatan nenek menjalani pembedahan pada 11 hb Disember 2008 (Khamis malam Jumaat). hampir semalaman saya tidak dapat melelapkan mata kerana menunggu berita tentang keadaan. Walaupun saya sebenarnya dalam keadaan keletihan dalam seminggu ini kerana membantu sahabat yang kehilangan kereta di kawasan kediaman saya. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah berkat doa semua sahabat, jamaah masjid, anak-anak dan cucu..nenek saya selamat menjalani pembedahan dan akhirnya keadaannya setabil. setelah 3 hari ...ada berita yang agak menyedihkan...tidak saya mampu menyatakannya di blog ini. Cuma saya berdoa pada Allah moga nenek diberi kesembuhan, ketabahan dan paling penting kekuatan untuk beribadah pada Allah. Amin...

MUSIM HAJI 1429




Panggilan Haji telah tiba lagi, menunaikan ibadah panggilan Baitullah....Al-hamdulillah syukur pada Allah kerana musim Haji 1429 telah pun kita lalui. Walaupun ia telah berlalu tapi kesannya sangat mengamit kerinduan di hati. Setiap kali tiba musim Haji, hati saya pasti teringat penuh kerinduan kenangan terindah menunaikan ibadah Haji lebih kurang 10 tahun yang lepas iaitu pada tahun 1999, Waktu tu saya pergi menunaikan rukun Islam yang kelima itu bersama nenek saya yang tersayang. Usia saya ketika itu 20 tahun. Tidak dapat saya lupakan setiap langkah dan detik sewaktu berada disana. Rasanya bagaikan mimpi bila berada di tanah haram ketika itu. Hanya Allah yang maha mengetahui. Sepanjang 45 hari berada disana saya manfaatkan dengan sebaik mungkin dengan menghampirkan diri kepada Allah. Apa yang menyebabkan saya bertambah bersyukur tanpa diduga jemaah haji pada waktu itu diberitakan tentang wukuf yang jatuh pada hari Jumaat atau dalam istilah lain iaitu Haji Akbar. Seperti sabda Rasulullah yang bermaksud ; Sesiapa yang berwukuf dipadang Arafah pada hari Jumaat, sesungguhnya ianya memperolehi pahala 70 kali haji. Walaubagaimanapun, apa yang penting bagi saya, falsafah daripada amalan-amalan haji perlu difahami dan dihayati di dalam kehidupan sebagai seorang muslim. Saya senantiasa berdoa moga Allah mengurniakan saya dan nenek saya dgn haji yang mabrur. Melihat suasana wukuf di arafah melalui siaran langsung di astro oasis, menjadikan saya berasa rindu untuk ke sana dan sedih bila mengingatkan kenangan terindah sewaktu berada di sana. Mudah-mudahan Allah yang pemurah akan mengurniakan kepada saya dan sesiapa sahaja untuk sampai sekali lagi kesana samada menunaikan umrah atau haji dan dapat pula menziarahi maqam Rasulullah s.a.w. Amin...