Friday, July 24, 2009

HARI KETIGA DI DEMC , SHAH ALAM



Assalamualaikum dan samat Pagi semua...al-Hamdulillah hari ini keadaan saya semakin baik.



  • Semalam setelah makan ubat lebih kurang jam 10.00 malam saya terus tertidur dengan lena. bagaimanapun seawal jam 3.45 pagi jururawat mengejutkan saya untuk pemeriksaan tekanan darah....dalam hati saya berkata, awal pulak nurse ni check tekanan darah..orang tengah sedap tidur nie..:-).


  • Pagi ni saya bangun agak awal seawal jam 5.45 pagi. Kedengaran dengan jelas azan subuh dari masjid negeri Shah Alam. Selepas solat subuh dan membaca al-Quran saya minum 3 teguk air zam-zam yang saya beli dari farmasi DEMC. sambil berdoa dengan doa berikut ;"Ya Allah, Jadikanlah air zam-zam ini pengetahuan yang bermanfaat dan rezeki yang luas serta ubat bagi segala penyakit".

  • Pada jam 7.30 pagi nurse datang membuat pemeriksaan tekanan darah sekali lagi. al-Hamdulillah tekanan darah normal 120/80. Cuma saya diberi 2 jenis ubat.

  • Sarapan pagi untuk hari nie sepaket Milo 3 in 1, Sekotak kecil susu Dutch Lady dan semangkuk bijirin. Nampaknya lepas nie kena makan dan sarapan secara sihat.......


  • Inilah sebotol kecil air zam-zam yang saya beli. Kalau nak tahu, memandang air zam-zam pun mendatangkan pahala..apatah lagi meminumnya beserta doa. Mudahan mendapat manfaat daripadanya.

  • Terima kasih kepada Sharil, Addy, Azizul dan Family, Zailan yang menziarahi serta membantu. Terima kasih juga buat AT yang sentiasa bertanya khabar. Mudahan kalian mendapat kebaikan dunia dan akhirat.



  • "Maha Suci Allah dan Segala puji-pujian hanya untuk NYA"

CHECK IN DI DARUL EHSAN MEDICAL CENTRE (DEMC)

  • Assalamualaikum. Di doakan semoga semuanya berada dalam sihat sejahtera.


  • Sewaktu saya menulis blog ini saya sebenarnya berada di atas katil DEMC kerana kurang sihat. Hari ini adalah hari kedua saya berada di sini. Ada yang ingin mengetahui kenapa saya berada di sini.
  • al-Kisahnya begini, pada hari khamis yang lalu selepas menikmati sarapan pagi saya terus menghadap komputer untuk menyiapkan sedikit lagi kertas kerja bagi mengadakan program jualan amal bersama MAIS dan Masjid negeri. setelah beberapa minit saya menerima panggilan dari rakan franchise saya. sewaktu bersembang bersama beliau saya melabuhkan diri di sofa. sewaktu ini saya terasa seperti tidak sedap badan. Kemudian, saya merasakan mungkin saya perlu baring terlebih dahulu.
  • Saya masuk ke bilik dan terus baring, dan sewaktu baring sememangnya penglihatan saya mula berputar dan terasa tidak stabil. keadaan tersebut merisaukan saya. kemudian saya cuba untuk baring kedua. keadaan yg sama berulang....Ya Allah apakah yang sedang saya lalui ini.., dalam keadaan tersebut saya cuba menarik nafas , minum air untuk mencari sedikit kelegaan. saya gagahkan juga untuk memandu terus ke DEMC yang berhampiran dengan rumah.
  • Sampai di DEMC sy mohon semoga rawatan saya di dahului dan disegerakan..Alhamdulillah dgn bantuan nurse yang berada disitu telah mengizinkan saya untuk terus berjumpa Doktor. Saya menceritakan apa yg telah berlaku terhadap saya seawal jam 8.30 pagi tadi.
  • Nurse membantu mengambil tekanan darah saya, ternyata tekanan darah saya agak tinggi dari biasa. Doktor memulakan tugasnya dan akhirnya saya diberi ubat. Setelah ubat diberi saya disuruh untuk baring selama 1 jam. Pada waktu tersebut, pandangan saya berputar2 tapi saya biarkan. akhirnya pandangan saya semakin stabil. Kemudia bila baring ok, sewaktu berdiri pulak keadaan saya tidak stabil. akhirnya Dr. mencadangkan agar saya menerima rawatan di hospital tersebut untuk tujuan pemantauan.
  • Saya disuspek mengalami Vertigo. Penyakit tersebut seperti apa yang saya alami, mudah pitam serta dikhuatiri mungkin ada jangkitan terhadap anggota pada bahagian telinga, hidung dan yang seangkatan dengannya. dan mungkin juga disebabkan faktor stress dan kerja yang melebihi had kemampuan mental dan fizikal serta kurang rehat.
  • Sepanjang sehari saya diberi ubat dan tekanan darah saya diperiksa. Tekanan darah agak kurang stabil. turun dan naik.
  • Dr. Razak (Pakar Telinga) turut memeriksa saya. Dr. mencadangkan agar saya mengambil darah untuk pemekrikasaan kandungan yang terdapat dalam darah tersebut. Sepanjang berada di sini mata saya sentiasa mengantuk dan badan agak lemah.
  • Alhamdulillah bermula seawal subuh Jumaat tadi tekanan darah kembali kepada normal 120/80. Doktor mencadang agar saya meneruskan rehat sehari lagi untuk memastikan saya ok.
  • Apapun banyak iktibar yang saya perolehi. Makan yang seimbang dan sihat, rehat yang cukup sangat penting dalam menjalani kehidupan yang aktif. Cuma kadang-kadang terasa hiba sebab dikiri dan dikanan saya ada ahli keluarga dan ibu bapa yang menziarahi anak2 mereka yang sakit walaupun ada yang lebih berusia dari saya.
  • Hal tersebut mengenangkan saya, bagaimana agaknya masa akan datang saya nanti...apapun saya sentiasa mengingatkan diri "Allah yang maha Penyayang lagi Maha pemurah akan menjaga hamba-hambaNYA."
  • Doakan saya semoga Allah memberi kebaikan, Kesabaran, Rendah hati, Kesihatan dan Kesembuhan terhadap apa yang saya lalui kini.
  • "Dan Apabila daku sakit , Maka Dialah (Allah) yang menyembuhkan aku". (as-Shuaara :80)
  • Terima kasih buat sahabat jauh dan dekat yang sudi bertanya khabar. Semoga Allah menberi kebaikan kepada kalian. Amin