Wednesday, January 27, 2010

ERTI MENGHARGAI

  • Dengan nama Allah saya mulakan coretan ringkas ini. Ini adalah coretan yang pertama bagi tahun 1431/2010. Alhamdulillah syukur pada Allah kerana diberikan kesempatan dan peluang untuk berkongsi...sekarang ini saya baru sahaja menyelesaikan kertas kerja dan Profil Darul Ukhuwwah untuk diguna pakai oleh GM untuk dibentangkan di dalam mesyuarat MAIS pada awal bulan febuari 2010.

  • Bulan Januari 2010 hampir melabuhkan tirainya..tapi banyak kisah dan cerita yang berlaku sepanjang bulan ini. Banyak juga mehnah yang dilalui dan tempuhi. Bila mengenangkan kesusahan orang yang lebih menderita dan susah diluar sana menenangkan jiwa saya. Cuma satu yang sentiasa harapkan dari Allah, agar saya tidak berputus asa dengan Rahmat Nya.

  • Bulan Januari 2010 mengajar saya erti kemanusiaan dan menghargai persaudaraan dan kehidupan yang singkat ini. Dalam melakukan usaha kebaikan dan kebajikan , hati kita perlu ikhlas. Kerana hati ikhlas itu yang menjadikan amalan kita layak untuk dinilai oleh Allah. Selain itu, belajarlah untuk tidak khianat dan dengki sesama manusia. Dasyat betul dua perbuatan tersebut, kerana ianya memberi kesan buruk yang boleh memecahkan kesatuan ummah.

  • Selain itu hargailah persaudaraan dan persahabatan yang telah dibina...."Ya Allah..kasihanilah semua sahabat-sahabat saya, sebagaimana mereka pernah mengasihi dan membantu saya sewaktu saya berhajat dan di dalam kepayahan. Kiranya ada diantara mereka yang berhajat sesuatu yang baik, maka dengan rahmatMu tunaikanlah hajat mereka , Kiranya mereka berada dalam keadaan sakit, dengan rahmatmu sembuhkanlah mereka, Sekiranya ada diantara mereka yang sedang berduka, maka dengan RahmatMu bukakanlah jalan keluar terhadap segala kesulitan mereka. Ya Allah, kalau ada sahabat-sahabatku yang dilalaikan dengan pangkat dan kehartaan sehingga mereka membuang ukhuwwah itu, maka dengan rahmatMu kembalikanlah mereka kepada rasa kehambaan, kerana ianya melenyapkan rasa sombong dan keegoaan...Amin"...Sebarkan kebaikan dan kasih sayang sesama insan .....