Saturday, December 27, 2008

LUNASKAN KEWAJIPAN IBADAT ZAKAT SEBELUM 31 DISEMBER 2008

Alhamdulillah..tahun 2008 masihi semakin melabuhkan tirainya beberapa hari lagi. walaubagaimanapun ada satu perkara yang sangat penting untuk kita ingati iaitu kewajipan melunaskan ibadah zakat sebelum 31 Disember 2008 (Rabu). Bagi penduduk negeri Selangor dan sesiapa yang mencari rezeki di sini, saya seru agar kita semua bersama-sama dapat menunaikan ibadah zakat yang wajib ditunaikan. Seperti mana firman Allah s.w.t di dalam al-Quran yang bermaksud ; "Dan dirikanlah oleh kamu akan solat serta tunaikanlah zakat; dan taatlah kamu kepada Rasulullah, supaya kamu beroleh rahmat." An-Nur 24:56. Sedarilah kita semua, apabila kita telah berzakat sebenarnya kita telah membersihkan harta yang dimiliki. hal ini termasuk pendapatan yang kita perolehi setiap bulan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud ; "Dan pada harta-harta mereka, ada hak untuk orang miskin yang meminta dan yang tidak meminta." (adz-Zaariat 51:19). Oleh itu, saya mengajak kepada kita semua agar berlumba-lumba dalam melakukan kebajikan dengan berzakat. Pembayaran zakat boleh ditunaikan di 22 kaunter Lembaga Zakat Selangor yang akan dibuka 7 hari seminggu sehingga 31 Disember 2008 jam 8.00 mlm. Kepada yang telah melunaskan ibadah zakat pasti akan merasa lega dihati dan didoakan "Semoga Allah akan menganugerahkan ganjaran pada apa yang saudara berikan dan semoga Allah akan memberkati apa-apa yang ada pada saudara dan semoga pemberianmu itu merupakan pensucian dan pembersiahan terhadap dirimu.." Amin.