Saturday, January 31, 2009

SECEBIS KISAH TENTANG MERAIKAN IBADAH JUMAAT




Assalamualaikum.....kesempatan nie saya nak mencoret sedikit tentang keadaan sebahagian atau segelintir umat Islam dalam meraikan hari Jumaat.

Sewaktu saya masih kecil saya sering mendengar cerita dari kawan-kawan bahawa malam jumaat sering dikaitkan dengan hantu. Secara tak langsung saya yang tidak mengerti apa-apa turut beranggapan hantu akan keluar pada malam jumaat. Dan pada masa dulu-dulu cerita cerita seram pun sering ditayangkan pada malam Jumaat.

Alhamdulillah dengan hidayah Allah, apabila semakin meningkat dewasa saya mula berfikir kenapa semasa kecik-kecik kanak-kanak ditakut dengan kisah hantu. Sedangkan malam Jumaat dan siang Jumaat adalah hari dan malam yang penuh barakah, kerana ia adalah malam dan penghulu segala hari. Hari dimakbulkan doa dan hari memperbanyakkan ibadah. Hari yang Allah hadiahkan kelebihan kepada hamba-hambaNya.

Sebenarnya telah lama saya pendamkan dalam hati tentang hal segelintir umat Islam semestinya lelaki sewaktu beribadah Jumaat dimasjid. Ramai yang masih tidak tahu menjaga adab dan akhlak sewaktu beribadah. berikut adalah perkara yang dimaksudkan :-

1. Jemaah lebih suka solat dibawah berbading naik ke tingkat atas. Sedangkan ruang diatas masih banyak yang kosong. lagipun dibawah saf banyak yang terputus dan khutbah tidak dapat didengar dengan baik. jadi bagaimana kita nak dapat kesempurnaan dalam Jumaat. Paling menghairankan saya ada jemaah yang suka solat di tempat orang lalu lalang mengambil wuduk. bayangkan jemaah yang berwuduk terpaksa lalu dihadapan jemaah yang bersolat sunat disitu. Susah sangat ke naik ke tingkat atas. kemudahan telah disedia dengan baik. Selain tangga, lif pun ada, escalator pun ada, dan diatas ada kipas dan penghawa dingin. Mungkin ramai nak keluar dan balik awal....

2. Satu masa dulu saya ingatkan budak-budak je suka bermain ditangga dan buat bising dibahagian belakang masjid. Rupa-rupanya orang dewasa pun tak kurang hebat. ada yang dah jadi bapa orang pun masih bercakap sewaktu khatib berkhutbah. Perkara ini pernah beberapa kali saya temui. Sedih rasanya. Sedangkan jelas kita fahami dalam hadis nabi " Barang siapa yang berkata-kata walaupun dengan perkataan diam sewaktu khatib sedang berkhutbah! nescaya luputlah pahala Jumaat kamu." jadi sama-sama kita fikirkan.

3. Hurmmm...tentang masalah saf. Setiap kali sebelum solat Imam selalu ingatkan rapat dan luruskan saf kerana ia adalah sebahagian dari kesempurnaan solat. Dari dulu sehingga sekarang masalah saf tak pernah selesai. Pasti akan ada saf yang lompong. Selain itu ada yang tak berilmu dalam soal merapatkan saf sekira saf disebelah kita kosong. Keadaan ini menyebabkan saya berfikir ..sampai bila keadaan ini akan berlaku dan agaknya beginilah gambaran bahawa ukhuwwah umat Islam masih belum kuat. Dalam hal mengelokkan saf pun kita tidak boleh bersatu...sama-sama kita bermuhasabah...

4. Salah satu perkara sunat bila ke masjid pada hari Jumaat ialah memakai wangi-wangian. kerana Rasulullah suka kepada haruman yang wangi. kalau kita mengguna wangian, pertama kita dapat pahala sebab hidupkan sunnah, kedua masjid pun berbau harum, ketiga menyenangkan perasaan orang yang menghidunya. Tapi ada yang saya dapati tidak mengambil berat tentang hal ini. Ada yang menggunakan pakaian yang berbau lembab, Berbau kaki yang berbau dan beberapa perkara lain lagi. Setiap kali kalau saya solat dgn orang yang begitu saya pasti beristigfar di dalam hati sehingga untuk mengelak berdosa dalam hati terpaksa memberhentikan solat dan pergi ke saf yang lain. Pernah juga saya menghadiahkan minyak wangi kepada jemaah di situ.

5. Beradab selepas solat itu penting. Tapi sebahagian jemaah lebih suka bangun dan terus keluar dengan segera dari masjid tanpa berdoa apatah lagi menadah tangan bersama-sama sewaktu imam membaca doa. Bagi saya walaupun kita tengah berjalan keluar ke pintu masjid, tidak salah kita sama-sama menadah tangan sambil berjalan. Sebab Allah tidak pernah meminta kepada hamba-hambaNya..tetapi kita sebagai hamba yang banyak meminta-minta dan mengharapkan bantuan Allah. Jangan sekali-kali kita lokek untuk menadah tangan sebab itulah lagak yang patut ada pada seorang hamba. Paling terkilan bila dalam imam membaca Qunut nazilah dalam solat Jumaat ada yang kedekut nak menadah tangan. Sedangkan doa itu untuk umat Islam dipalastin.

6. Kadang-kadang Imam ada menyeru kepada para jemaah Jumaat supaya bersama-sama solat hajat lebih-lebih lagi dalam isu palastine dan keselematan umat. Tapi sangat terkilan ramai lebih suka keluar awal tanpa bersama-sama solat hajat. hal ini termasuk solat jenazah. Hal ini menyebabkan saya berfikir tidak ramai orang cinta kepada kebaikan dan kebajikan. diajak solat hajat dan jenazah pun rasa berat. Sama-sama kita bermuhasabah adakah kita orang yang suka menunaikan hajat muslimin?


Jadi inilah sedikit perkongsian saya berkaitan sikap kita dalam meraikan penghulu segala hari. Ya Allah baikilah umat Ini. Ini adalah apa yang saya lihat disebahagian tempat termasuk di masjid negeri.