Tuesday, January 27, 2009

BULAN SAFAR AL-KHAIR


Assalamualaikium....Sedar tak sedar Bulan Muharram baru saja melabuhkan tirainya pada tahun ini. Dan sekarang kita kita telah pun berada di awal bulan Safar yakni bulan kedua di dalam Taqwim Hijriah. Sebulan Muharram yang berlalu banyak meninggalkan peristiwa dalam kehidupan saya. Antara peristiwa tersebut adalah seperti berikut ;


a. Membaca doa awal tahun di Masjid bersama saudaraku muslimin muslimat


b. Mengajak kawan-kawan meraikan 10 Muharram (Yaumul Ashuara) bersama anak-anak
Yatim dan berpeluang berpuasa sunat pada 9 dan 10 Muharram.
c. Memberi khidmat sebagai emcee Majlis kesyukuran LZS

d. Pertama kali menjadi Pengerusi Panel bagi Forum Bicara Zakat di Institut Pendidikan di
Gombak
e. Kali pertama membawa kenderaan LZS kerana menghadiri mesyuarat di Surau Bangi

f. Berat badan turun sebanyak 5 kg kerana sedang mengikuti program diet doktor

g. Nenek menjalani rawatan Kimoterapi...sangat sedih kerana sehingga sekarang dia
tidak mengetahui yang dia sedang menghadapi kanser. Saya sentiasa memberi
motivasi.

h.Saya ditinggalkan seorang kawan dek kerana tidak dapat memenuhi hajatnya.

i. Meraikan sahabat baik dari Penang dan mengajaknya solat berjamaah dimasjid Negeri
untuk pertama kalinya.

j. Mengikuti solat sunat gerhana matahari dan mendengar khutbah Gerhana di Masjid
negeri selepas solat Asar.

dan itulah sedikit peristiwa yang boleh dikongsikan bersama kepada yang membaca blog ini. walaupun sebenarnya banyak lagi.


Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah.

Pada Zaman dahulu masyarakat Melayu sering mengaitkan bulan Safar ini dengan bulan yang membawa musibah dan sial. Jadi dengan anggapan yang sedemikian maka ramailah yang terlibat dalam melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan Syariah Islamiah. Antara amalan yang selalu dilakukan oleh mereka adalah seperti mandi safar dilaut atau sungai kerana bertujuan untuk membuang dosa dan sial, Tidak melakukan acara pernikahan pada bulan tersebut, kerana dikuatiri tidak beroleh zuriat. Ulama sepakat bahawa amalan tersebut adalah khurafat dan membawa kepada syirik.

Walaubagaimanapun, para ulama' dan Masyaikh terdahulu ada menulis tentang beberapa amalan yang digalakkan untuk diamalkan sepanjang bulan Safar al-Khair. (Pembaca blog boleh mendapatkan buku tersebut yang bertajuk "Amalan Bulan Safar al-Khair" yang mana buku tersebut telah dikeluarkan oleh as-Sheikh Haji Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki, Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan, Seorang Ulama' Muda Ahlus Sunnah Wal Jamaah, Terbitan Abnak Production, 06-4383635, h/p : 012-2415488).


Diantara salah satu amalan yang boleh saya kongsikan disini ialah bacaan doa berikut , yang digalakkan dibaca pada setiap hari dalam bulan Safar.


" Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengetahui"


Ya Allah..kurniakanlah rahmat ke atas penghulu kami Muhammad; hambaMu dan NabiMu serta RasulMu; Nabi yang Ummi, dan ke atas keluarga Baginda dan limpahkanlah keberkatan dan kesejahteraan ke atas mereka.


Ya Allah...Sesungguhnya hamba berlindung denganMu daripada kejahatan bulan ini dan daripada setiap keperitan, mala petaka, dan ujian yang telah dikau taqdirkan di dalam bulan ini, Wahai yang maha Mencipta Masa, Wahai Pemilik Dunia dan Akhirat, Wahai yang Maha Mengetahui apa yang telah terjadi, wahai Tuhan yang apabila Dia mengkehendaki sesuatu, maka dia berkata kepadanya, "Jadilah!" lalu ia pun terjadi. Wahai Tuhan yang Maha Azali ! Wahai yang Maha Abadi ! Wahai yang Maha memuliakan kejadian ! Wahai yang Maha Mempunyai Keagungan dan Kemuliaan ! Wahai Tuhan yang Memiliki Arasy yang Mulia ! Dikau melakukan apa sahaja yang Dikau kehendaki.


Ya Allah...Peliharalah dengan pandangan Mu akan diriku, keluargaku, hartabenda ku, Anak-anakku, Agamaku dan duniaku yang telah Dikau menguji daku dengan perdampingan denganna, Dengan kemuliaan orang-orang yang baik dan juga terpilih, dengan rahmatMu, Wahai yang Maha Perkasa ! Wahai yang Maha Pengampun ! Wahai Yang Maha Mulia ! Wahai Yang Maha Menutupi ! Dengan rahmatMu, Wahai Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihani !


Ya Allah...Wahai Tuhan Yang Amat KekuatanNya ! Wahai Yang Amat Keras azab siksaNya ! Wahai Yang Maha Mulia ! Telah menjadi hina sekelian makhlukMu kerana kemuliaanMu, Peliharalah daku dari kejahatan sekelian makhlukMu Wahai yang Memberikan Kebaikan ! Wahai yang Maha mengindahkan ! Wahai yang Maha Melebihkan ! Wahai yang Maha Memberi Nikmat ! Wahai yang Maha Memuliakan ! Wahai Tuhan yang tiada Tuhan melainkan Dikau ! dengan RahmatMu, Wahai Yang Maha Pengasih dari segala yang Mengasihani ! semoga Allah mencucuri rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda."


Mudah-mudahan dengan amalan doa tersebut Allah yang Penyayang akan melindungi kita dalam Rahmat dan Kasih SayangNya...Amin