Wednesday, January 27, 2010

ERTI MENGHARGAI

  • Dengan nama Allah saya mulakan coretan ringkas ini. Ini adalah coretan yang pertama bagi tahun 1431/2010. Alhamdulillah syukur pada Allah kerana diberikan kesempatan dan peluang untuk berkongsi...sekarang ini saya baru sahaja menyelesaikan kertas kerja dan Profil Darul Ukhuwwah untuk diguna pakai oleh GM untuk dibentangkan di dalam mesyuarat MAIS pada awal bulan febuari 2010.

  • Bulan Januari 2010 hampir melabuhkan tirainya..tapi banyak kisah dan cerita yang berlaku sepanjang bulan ini. Banyak juga mehnah yang dilalui dan tempuhi. Bila mengenangkan kesusahan orang yang lebih menderita dan susah diluar sana menenangkan jiwa saya. Cuma satu yang sentiasa harapkan dari Allah, agar saya tidak berputus asa dengan Rahmat Nya.

  • Bulan Januari 2010 mengajar saya erti kemanusiaan dan menghargai persaudaraan dan kehidupan yang singkat ini. Dalam melakukan usaha kebaikan dan kebajikan , hati kita perlu ikhlas. Kerana hati ikhlas itu yang menjadikan amalan kita layak untuk dinilai oleh Allah. Selain itu, belajarlah untuk tidak khianat dan dengki sesama manusia. Dasyat betul dua perbuatan tersebut, kerana ianya memberi kesan buruk yang boleh memecahkan kesatuan ummah.

  • Selain itu hargailah persaudaraan dan persahabatan yang telah dibina...."Ya Allah..kasihanilah semua sahabat-sahabat saya, sebagaimana mereka pernah mengasihi dan membantu saya sewaktu saya berhajat dan di dalam kepayahan. Kiranya ada diantara mereka yang berhajat sesuatu yang baik, maka dengan rahmatMu tunaikanlah hajat mereka , Kiranya mereka berada dalam keadaan sakit, dengan rahmatmu sembuhkanlah mereka, Sekiranya ada diantara mereka yang sedang berduka, maka dengan RahmatMu bukakanlah jalan keluar terhadap segala kesulitan mereka. Ya Allah, kalau ada sahabat-sahabatku yang dilalaikan dengan pangkat dan kehartaan sehingga mereka membuang ukhuwwah itu, maka dengan rahmatMu kembalikanlah mereka kepada rasa kehambaan, kerana ianya melenyapkan rasa sombong dan keegoaan...Amin"...Sebarkan kebaikan dan kasih sayang sesama insan .....

Tuesday, December 1, 2009

HARI ARAFAH YANG MENDAMAIKAN

  • Alhamdulillah, begitu pantas masa berlalu, rasanya seperti baru sahaja kita melalui Hari Raya Aidilfitri yang lepas dan sekarang kita telahpun meraikan Hari Raya AidilAdha pada 10 Zulhijjah 1430 bersamaan 27 November 2009. Pelbagai amalan dilakukan bagi meraikan hari yang mulia tersebut. Pada bulan Zulhijjah sahaja sering mengaitkan kita sebagai umat Islam tentang para tetamu Allah yang menunaikan Ibadah Haji iaitu rukun Islam kelima. Bagi sesiapa yg telah menunaikan rukun ke-5 tersebut pasti akan terkenang dan begitu ghairah setiap kali tibanya musim Haji.
  • Antara amalan yang dianjurkan adalah seperti galakan berpuasa sunat dari 1 hingga 9 Zulhijjah, Berpuasa sunat Arafah pada 9 Zulhijjah dan melakukan ibadah korban bagi yang berkemampuan serta membayakkan Takbir, Tahmid, Tasbih dan Tahlil bermula 10 zulhijjah sehingga 13 Zulhijjah sebagai menzahirkan rasa syukur serta membesarkan Allah s.w.t.
  • Alhamdulillah, sememangnya menjadi kelaziman bagi saya untuk melaksanakan Ibadah puasa sunat pada hari Arafah. Berpuasa hari tersebut mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Ianya bersandar kepada Hadis Rasululllah s.a.w berkenaan ibadah puasa hari Arafah. Puasa Arafah adalah puasa yang dilaksanakan pada tanggal 9 Zulhijjah, seiring dengan dilaksanakannya wukuf di Padang Arafah oleh umat Islam yang melaksanakan ibadah haji. Puasa Arafah ini disunnahkan untuk umat Islam yang tidak melaksanakan ibadah haji. Sedangkan bagi yang melaksanakan ibadah haji, disunnahkan untuk puasa Arafah. Kelebihan Puasa Afarah Terdapat beberapa hadis yang menjelaskan tentang keutamaan puasa Arafah. Hadis tersebut diantaranya adalah:

  • Rasulullah s.a.w. bersabda; “Berpuasa pada hari Arafah menghapuskan dosanya setahun sebelum dan setahun sesudahnya”. (Riwayat Imam Muslim)

  • Dari Abi Qatadah ra Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: Berpuasa pada hari Arafah, sesungguhnya aku mengharapkan dari Allah agar dihapuskan dosa selama satu tahun sebelumnya dan satu tahun sesudahnya.

  • Dari Abi Qatadah r.a., ia berkata Rasulullah Saw. telah bersabda: “Puasa hari Arafah itu dapat menghapuskan dosa dua tahun, satu tahun yang telah lalu dan satu tahun yang akan datang.” (Riwayat Jama’ah kecuali Bukhari dan Tarmidzi).
  • Apa yang penting bg saya apa sahaja amalan yang kita lakukan perlulah dengan rasa rendah diri dan ikhlas kerana Nya. Kita hanya boleh berharap...tetapi urusan untuk memberi kita pulangkan kepada Allah s.w.t untuk menentukannya.

Suasana pada hari Arafah pada tahun ini, bagi saya mempunyai kelainan. Cuaca pada hari Arafah di Shah Alam dan mungkin ditempat lain juga tidak seperti pada hari-hari sebelumnya. sekian lama bumi dibasahi dengan hujan, tapi pada hari Arafah cuaca di sini sangat cerah, langit biru ditambah lagi kepulan awan yang tersusun indah. Angin bertiup dengan nyaman.....suasana alam ketika itu saya rasakan seperti sibuk berzikir dan menjalankan urusan ibadah kepada yang maha mencipta...sungguh tidak saya mengetahuinya kenapa saya merasakan sedemikian. Waalhua'alam. Saya biarkan ianya menjadi satu pengalaman indah yang akan tersemat dihati.


  • Alhamdulillah juga, disamping sibuk menguruskan persediaan untuk menyambut AidilAdha saya luangkan masa untuk membaca lembaran-lembaran ayat-ayat suci al-Quran yang mudah antaranya surah Yasin dan surah al-Mulk serta mendoakan kesejahteraan untuk diri sendiri, kedua Ibu bapa, Ahli keluarga, Assatizah dan Sahabat-sahabat saya yang saya ingat dan kasihi serta sahabat saya yang berada diperauntauan.
  • Malam AidilAdha 10 Zulhijjah 1430 saya penuhi dengan Takbir bersama jemaah Masjid Negeri Shah Alam serta bertemu dengan rakan-rakan yang beberapa tahun tidak bertemu..dengan iringan doa semoga semua nya beroleh kebaikan di dalam kehidupan.

Monday, October 26, 2009

AKU, RAMADAN DAN SYAWAL YANG BERLALU

  • Assalamualaikum , Semoga Allah yang maha berkuasa akan memberkati kehidupan kita dengan rahmat NYA. Kerana dengan rahmat Allah jua kita diberi nikmat dan diberi kelebihan dalam kehidupan. Ada pun yang bersifat kurang, tidak lain tidak bukan adalah supaya mengingatkan kita sehebat dan setinggi manapun kita di dunia ini kita tetap sebagai hamba NYA.
  • alhamdulillah dikesempatan ini saya berpeluang untuk mencoret seringkas kisah mengenai saya, ramadan dan syawal yang telah berlalu.
  • Menjalani ibadah ramadan pada tahun tidak lah sama seperti saya melaluinya pada ramadan yang berlalu. Ramadan pada tahun ini sangat menguji dalaman saya. Keadaan saya yang agak kurang sihat sedikit sebanyak menganggu ibadah puasa saya. Sememangnya sebelum ramadan saya selalu berdoa moga Allah memberi kekuatan hati untuk saya meneruskan ibadah puasa. Bagaimanapun , alhamdulillah Allah beri saya kekuatan untuk berpuasa selama sebulan. Terima kasih ya Allah...
  • Ramadan tahun ini juga, kelainannya saya rasai kerana sepanjang ramadan saya dikehendaki untuk membantu menguruskan jadual berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim dari Yayasan al-Ijabah. jadi adakalanya saya berbuka puasa diluar. Berurusan dengan pelbagai pihak memberi pengalaman kepada saya bahawa dalam melakukan amal kebaikan bukanlah satu perkara yang mudah bagi sesetengah orang. Adakalanya orang menggunakan anak-anak yatim untuk meraih nama dan populariti. Macam-macam ragam manusia yang saya lihat. Apa yang penting dalam setiap kita perlu belajar untuk jujur dengan hati sendiri dan membetulkan niat bila melakukan sesuatu tidak kira dalam apa keadaan sekali pun.
  • Alhamdulillah saya juga telah melaksanakan majlis berbuka puasa diantara anak-anak yatim dan juga penghuni Darul Ukhuwwah. dengan harapan mudah-mudahan dengan kehadiran anak-anak yatim Allah memberi keberkatan di dalam kehidupan mereka.
  • Ramadan pada tahun nie juga Allah limpahkan saya sedikit rezeki. Terdapat beberapa pihak telah membuat tempatan kurma, kek dan juga air zam-zam untuk program sempena ramadan. Pada siang hari saya berkerja, dan selapas solat sunat tarawih saya menguruskan segala tempahan tersebut. Doa saya semoga Allah membantu dan membuka jalan keluar terhadap segala kesulitan saya dan memakbulkan hajat untuk berjaya dalam bidang yang saya lakukan.
  • Tahun nie saya pulang untuk beraya bersama nenek dan keluarga di Miri, Sarawak. saya balik tahun ni setelah 2 tahun tidak beraya bersama keluarga di sana. Syukur pada Allah yg telah memberi kesempatan bertemu nenek dan keluarga pada tahun ini. 2 tahun sebelum ni saya beraya bersama sepupu di shah Alam.
  • Syawal tahun ini agak berbeza spt sebelum tahun tahun yang saya pernah pulang beraya di kampung. Pada malam raya saya telah memimpin sebahagian ahli keluarga untuk solat maghrib dan isyak diiringi takbir raya. (dalam hati terdetik, adakah hal yang sama juga boleh aku lakukan pada syawal akan dtg). Dalam keseronokan dan kesibukan untuk berhari raya , saya dan keluarga tidak lupa kepada mereka yang tiada. Pagi raya saya memimpin keluarga untuk bacaan tahlil bagi dihadiahkan buat arwah ibu (al-Fatihah) dan atok, disamping memberi tazkirah ringkas berkaitan kehidupan, ikhlas dalam memaafkan serta input berkaitan syawal. Selesai tazkirah, sesi bermaafan pun dimulakan. Seperti biasa tangan dihulur maaf dipinta , sebagai tanda ukhuwwah yg sejati di dalam kekeluargaan tak kurang yang menitiskan air mata. (dalam hati saya terdetik, semoga Allah mengampun semua ahli keluarga ku serta memberi hidayah kepada semua).
  • Seminggu hari raya, saya membawa nenek saya untuk menjalani ujian darah dan juga berjumpa doktor untuk mengetahui perkembangan kesihatan nenek sejak beliau menjalani pembedahan kanser beberapa bulan yang lalu. Kali ini, saya menemankannya untuk mengetahui tindakan selanjutnya. Alhamdulillah Doktor menyatakan kesihatan nenek semakin baik, cuma perlu menjalani sekali lagi pembedahan untuk membuang segala sisa kanser yang tertinggal. (dalam hati berdoa semoga Allah sembuhkan nenek dan mengurniakan kesihatan yang baik padanya). InsyaAllah pada 1 november nenek akan datang ke KL untuk menjalani pembedahan di hospital ampang.
  • Pada 2 oktober 2009 , ahli keluarga juga telah mengada sambutan hari lahir yang ke 31 tahun bersama dengan sepupu saya yang lahir pada 1 okteber. (dalam hati teringat kat kawan AT yang lahir pada 4 oktober). Terima kasih kepada yang mengadakan majlis ini. Semoga Allah membalas dengan kebaikan.
  • Pada 3 oktober 2009 jam 6.25 pagi , dengan menaiki pesawat mas MH5109 saya pulang ke shah alam. Terima kasih buat ahli keluarga, terima kasih juga buat sahabat saya Haizul yang bersama sama sepangjang berada di Miri.

Friday, July 31, 2009

SYA'ABAN : BERKAT MU DIBURU




  • Assalamualaikum, al-Hamdulillah hati saya terasa lapang pada hari Jumaat minggu nie. Mungkin kerana pada minggu sudah saya tidak dapat bersama untuk meraikan ibadah Jumaat kerana berehat di wad ketika itu.



  • Sedar tak sedar hari ni dah masuk 9 Syaaban 1430 dan ini bermakna kita semakin hampir kepada pertengahan bulan Syaaban atau lebih dikenali sebagai Nisfu Syaaban. IshaAllah Malam Nisfu Syaaban pada tahun ini akan bermula pada maghrib 5 Ogos 2009 (Rabu).



  • Khutbah Jumaat di Masjid Negeri Shah Alam pada hari ini mengupas tajuk berkaitan kelebihan bulan Syaaban. Bila saya fikirkan adalah sangat baik ilmu berkaitan bulan-bulan dalam Islam di terangkan kepada Umat Islam, lebih-lebih lagi kepada anak-anak muda pada hari ini, supaya mereka tidak lupa kepada kehadiran bulan yang dimuliakan.



  • Malam nisfu Syaaban adalah suatu malam di mana buku catitan atau rekod amalan seseorang hamba akan ditukar dari yang lama kepada yang baru. Oleh itu, antara amalan ulama-ulama yang soleh ialah membaca surah Yaasin sebanyak 3 x atau mengikut kemampuan dengan niat untuk meraih keampunan Allah serta rahmatNya, dipanjangkan usia dalam kebaikan serta mati dalam keimanan. Lebih-lebih lagi malam nisfu Syaaban adalah satu malam dimana doa akan dimakbulkan oleh Allah swt.



  • Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban ialah :- memperbanyakkan amalan sunat seperti berpuasa, berdoa, berzikir, bersalawat dan beristigfar.



  • Walaupun amalan ini sukar, tetapi ganjaran yang menanti adalah berganda.



  • Syaaban juga adalah bulan dimana doa orang yang ikhlas dan beriman akan dimakbulkan oleh Allah, sebagaimana dinyatakan oleh sebuah hadis yang bermaksud ; "Antara solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah sewaktu malam Jumaat, Malam 10 Muharram, malam 1 rejab, Malam pertengahan Syaaban dan dua Malam hari raya".



  • Rasulullah juga ada bersabda iaitu ; ''Itulah bulan syaaban dimana manusia lalai mengenainya iaitu antara bulan Rejab dan Ramadhan di mana segala amalan diangkat kepada Allah swt. Maka aku (Nabi s.a.w) sangat suka sekiranya amalanku diangkat sedangkan pada masa itu aku berada dalam keadaaan berpuasa."(Hadis riwayat Ahmad)



  • Dalam hadis yang lain juga , Rasulullah menyatakan; "Sesiapa yang memuliakan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan taat kepadaNya, Menahan diri dari melakukan maksiat, Allah mengampuni semua dosanya dan menyelamatkan dia pada satu tahun itu daripada semua bencana dan penyakit."



  • Sebenarnya terlalu banyak hal yang berkaitan tentang bulan Syaaban. Tapi ini yang sempat saya ingat untuk khutbah Jumaat tadi. InsyaAllah saya cuba untuk membuat intipati khutbah Jumaat pada Jumaat2 yang akan datang...InsyaAllah....(AT).

Sunday, July 26, 2009

RAIKAN SYAABAN DAN KEHADIRAN RAMADHAN DENGAN KURMA



KURMA MADU (RUTOB)
RM12.00 Sahaja

KURMA El-MADINA
RM19.00 Sahaja




KURMA SYAFAWI

RM12.00 Sahaja





KURMA MARIAMI GRED A (IRAN)
RM12.00 Sahaja


Kepada yang ingin menempah sila emailkan kepada alc_dsulu@yahoo.com. Sekiranya dibeli dengan kadar yang banyak akan mendapat harga diskaun yang sangat berpatutan dan lebih murah dari biasa. Saya juga menerima tempahan untuk hadiah korporat. Sebenarnya terdapat banyak lagi jenis2 kurma. Pendek kata kurma nabi Ajwah dan Hambal pun ada, termasuk kurma sebesar ibu jari pun ada. Cuma saya sajikan gambar-gambar yang mampu dibeli oleh semua lapisan masyarakat. InsyaAllah kalau perlu saya akan sajikan gambar-gambar kurma yang sedikit mahal.


"Bersama menikmati Kurma sebagai Makanan Sunnah Mendatangkan Pahala dan Kebaikan"


* BAGI PEMBELIAN KORPORAT HARGA BOLEH DIRUNDING *


SEDIA MENERIMA TEMPAHAN PELBAGAI JENIS KURMA

KURMA BARDI (IRAN)
RM8.00 Sahaja


KURMA SODAT (TUNISIA)
RM10.00 Sahaja


KURMA JEWEL (OMAN)
RM10.00 Sahaja

KURMA NAGAL (IRAN)
RM6.00 Sahaja






MUSIM KURMA TIBA LAGI..




KHASIAT BUAH KURMA, TAMAR DAN SEMAKSUD DENGANNYA


  • Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah.

    kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis.

    Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

  • Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.

  • Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
    "Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

  • Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

  • Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
    Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak (Surah Maryam : 25)

  • Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

  • Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak kecil dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga.
  • Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.
    Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :
    "Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air. (Hadis riwayat Ahmad)

  • Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

    Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :
    Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.

  • Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.
    Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

  • Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Friday, July 24, 2009

HARI KETIGA DI DEMC , SHAH ALAM



Assalamualaikum dan samat Pagi semua...al-Hamdulillah hari ini keadaan saya semakin baik.



  • Semalam setelah makan ubat lebih kurang jam 10.00 malam saya terus tertidur dengan lena. bagaimanapun seawal jam 3.45 pagi jururawat mengejutkan saya untuk pemeriksaan tekanan darah....dalam hati saya berkata, awal pulak nurse ni check tekanan darah..orang tengah sedap tidur nie..:-).


  • Pagi ni saya bangun agak awal seawal jam 5.45 pagi. Kedengaran dengan jelas azan subuh dari masjid negeri Shah Alam. Selepas solat subuh dan membaca al-Quran saya minum 3 teguk air zam-zam yang saya beli dari farmasi DEMC. sambil berdoa dengan doa berikut ;"Ya Allah, Jadikanlah air zam-zam ini pengetahuan yang bermanfaat dan rezeki yang luas serta ubat bagi segala penyakit".

  • Pada jam 7.30 pagi nurse datang membuat pemeriksaan tekanan darah sekali lagi. al-Hamdulillah tekanan darah normal 120/80. Cuma saya diberi 2 jenis ubat.

  • Sarapan pagi untuk hari nie sepaket Milo 3 in 1, Sekotak kecil susu Dutch Lady dan semangkuk bijirin. Nampaknya lepas nie kena makan dan sarapan secara sihat.......


  • Inilah sebotol kecil air zam-zam yang saya beli. Kalau nak tahu, memandang air zam-zam pun mendatangkan pahala..apatah lagi meminumnya beserta doa. Mudahan mendapat manfaat daripadanya.

  • Terima kasih kepada Sharil, Addy, Azizul dan Family, Zailan yang menziarahi serta membantu. Terima kasih juga buat AT yang sentiasa bertanya khabar. Mudahan kalian mendapat kebaikan dunia dan akhirat.



  • "Maha Suci Allah dan Segala puji-pujian hanya untuk NYA"

CHECK IN DI DARUL EHSAN MEDICAL CENTRE (DEMC)

  • Assalamualaikum. Di doakan semoga semuanya berada dalam sihat sejahtera.


  • Sewaktu saya menulis blog ini saya sebenarnya berada di atas katil DEMC kerana kurang sihat. Hari ini adalah hari kedua saya berada di sini. Ada yang ingin mengetahui kenapa saya berada di sini.
  • al-Kisahnya begini, pada hari khamis yang lalu selepas menikmati sarapan pagi saya terus menghadap komputer untuk menyiapkan sedikit lagi kertas kerja bagi mengadakan program jualan amal bersama MAIS dan Masjid negeri. setelah beberapa minit saya menerima panggilan dari rakan franchise saya. sewaktu bersembang bersama beliau saya melabuhkan diri di sofa. sewaktu ini saya terasa seperti tidak sedap badan. Kemudian, saya merasakan mungkin saya perlu baring terlebih dahulu.
  • Saya masuk ke bilik dan terus baring, dan sewaktu baring sememangnya penglihatan saya mula berputar dan terasa tidak stabil. keadaan tersebut merisaukan saya. kemudian saya cuba untuk baring kedua. keadaan yg sama berulang....Ya Allah apakah yang sedang saya lalui ini.., dalam keadaan tersebut saya cuba menarik nafas , minum air untuk mencari sedikit kelegaan. saya gagahkan juga untuk memandu terus ke DEMC yang berhampiran dengan rumah.
  • Sampai di DEMC sy mohon semoga rawatan saya di dahului dan disegerakan..Alhamdulillah dgn bantuan nurse yang berada disitu telah mengizinkan saya untuk terus berjumpa Doktor. Saya menceritakan apa yg telah berlaku terhadap saya seawal jam 8.30 pagi tadi.
  • Nurse membantu mengambil tekanan darah saya, ternyata tekanan darah saya agak tinggi dari biasa. Doktor memulakan tugasnya dan akhirnya saya diberi ubat. Setelah ubat diberi saya disuruh untuk baring selama 1 jam. Pada waktu tersebut, pandangan saya berputar2 tapi saya biarkan. akhirnya pandangan saya semakin stabil. Kemudia bila baring ok, sewaktu berdiri pulak keadaan saya tidak stabil. akhirnya Dr. mencadangkan agar saya menerima rawatan di hospital tersebut untuk tujuan pemantauan.
  • Saya disuspek mengalami Vertigo. Penyakit tersebut seperti apa yang saya alami, mudah pitam serta dikhuatiri mungkin ada jangkitan terhadap anggota pada bahagian telinga, hidung dan yang seangkatan dengannya. dan mungkin juga disebabkan faktor stress dan kerja yang melebihi had kemampuan mental dan fizikal serta kurang rehat.
  • Sepanjang sehari saya diberi ubat dan tekanan darah saya diperiksa. Tekanan darah agak kurang stabil. turun dan naik.
  • Dr. Razak (Pakar Telinga) turut memeriksa saya. Dr. mencadangkan agar saya mengambil darah untuk pemekrikasaan kandungan yang terdapat dalam darah tersebut. Sepanjang berada di sini mata saya sentiasa mengantuk dan badan agak lemah.
  • Alhamdulillah bermula seawal subuh Jumaat tadi tekanan darah kembali kepada normal 120/80. Doktor mencadang agar saya meneruskan rehat sehari lagi untuk memastikan saya ok.
  • Apapun banyak iktibar yang saya perolehi. Makan yang seimbang dan sihat, rehat yang cukup sangat penting dalam menjalani kehidupan yang aktif. Cuma kadang-kadang terasa hiba sebab dikiri dan dikanan saya ada ahli keluarga dan ibu bapa yang menziarahi anak2 mereka yang sakit walaupun ada yang lebih berusia dari saya.
  • Hal tersebut mengenangkan saya, bagaimana agaknya masa akan datang saya nanti...apapun saya sentiasa mengingatkan diri "Allah yang maha Penyayang lagi Maha pemurah akan menjaga hamba-hambaNYA."
  • Doakan saya semoga Allah memberi kebaikan, Kesabaran, Rendah hati, Kesihatan dan Kesembuhan terhadap apa yang saya lalui kini.
  • "Dan Apabila daku sakit , Maka Dialah (Allah) yang menyembuhkan aku". (as-Shuaara :80)
  • Terima kasih buat sahabat jauh dan dekat yang sudi bertanya khabar. Semoga Allah menberi kebaikan kepada kalian. Amin


Tuesday, July 21, 2009

TERIMA KASIH LZS

  • Assalamualaikum buat semua. Alhamdulillah, dengan izin NYA saya berkesempatan untuk mencoret di dalam blog yang sudah beberapa bulan tidak di isi dengan perkembangan terbaru. Sebenarnya terlalulah banyak perkara yang ingin saya kongsikan di dalam blog saya ini.
  • Yang Baik jadikan teladan, Yang Jelek jadikan sempadan.
  • Semasa saya menulis blog ini saya baru sahaja selesai berbincang dengan sahabat saya mengenai perjalanan perniagaan yang kami telah mulakan. Dalam masa yang sama saya juga telah 3 minggu meninggalkan LZS dan juga Bangunan Sultan Idris Shah yang banyak memberi pengalaman dalam kehidupan saya. Walaupun sedih, tetapi apakan daya kadang kala sebagai manusia biasa ada perkara yang kita perlu korbankan untuk sesuatu yang lebih baik untuk diri sendiri dan orang yang ada disekeliling kita.
  • Sewaktu mengambil keputusan untuk berhenti, ada juga yang minta saya berfikir semula. Bagaimanapun dalam membuat keputusan saya tidak meninggalkan doa. Saya pohon kepada NYA sekiranya di sini adalah baik untuk saya maka tetapkan saya di sini dan sekiranya di luar itu lebih baik maka permudahkanlah ya Allah.
  • Kerana apa yang saya lalui hanya Allah yang maha mengetahui. Apapun ucapan penghargaan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang pernah bersama-sama semasa di LZS. Terima kasih kepada Pengurus Besar dan Ketua Jabatan Dakwah & Kutipan yang banyak memberi semangat dan dorongan. Moga Allah s.w.t sahaja yang akan membalas jasa baik kalian.
  • Tidak lupa juga kepada rakan di Bahagian Dakwah, Undang-undang ,Korporat, Audit dll didoakan moga kalian beroleh kebahgiaan dalam setiap lapangan serta diberi kekuatan dalam menyebarkan dakwah zakat.
  • InsyaAllah saya akan mula bertugas ditempat baru bermula 3 Ogos 2009 insyaAllah.