Friday, July 31, 2009

SYA'ABAN : BERKAT MU DIBURU




  • Assalamualaikum, al-Hamdulillah hati saya terasa lapang pada hari Jumaat minggu nie. Mungkin kerana pada minggu sudah saya tidak dapat bersama untuk meraikan ibadah Jumaat kerana berehat di wad ketika itu.



  • Sedar tak sedar hari ni dah masuk 9 Syaaban 1430 dan ini bermakna kita semakin hampir kepada pertengahan bulan Syaaban atau lebih dikenali sebagai Nisfu Syaaban. IshaAllah Malam Nisfu Syaaban pada tahun ini akan bermula pada maghrib 5 Ogos 2009 (Rabu).



  • Khutbah Jumaat di Masjid Negeri Shah Alam pada hari ini mengupas tajuk berkaitan kelebihan bulan Syaaban. Bila saya fikirkan adalah sangat baik ilmu berkaitan bulan-bulan dalam Islam di terangkan kepada Umat Islam, lebih-lebih lagi kepada anak-anak muda pada hari ini, supaya mereka tidak lupa kepada kehadiran bulan yang dimuliakan.



  • Malam nisfu Syaaban adalah suatu malam di mana buku catitan atau rekod amalan seseorang hamba akan ditukar dari yang lama kepada yang baru. Oleh itu, antara amalan ulama-ulama yang soleh ialah membaca surah Yaasin sebanyak 3 x atau mengikut kemampuan dengan niat untuk meraih keampunan Allah serta rahmatNya, dipanjangkan usia dalam kebaikan serta mati dalam keimanan. Lebih-lebih lagi malam nisfu Syaaban adalah satu malam dimana doa akan dimakbulkan oleh Allah swt.



  • Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban ialah :- memperbanyakkan amalan sunat seperti berpuasa, berdoa, berzikir, bersalawat dan beristigfar.



  • Walaupun amalan ini sukar, tetapi ganjaran yang menanti adalah berganda.



  • Syaaban juga adalah bulan dimana doa orang yang ikhlas dan beriman akan dimakbulkan oleh Allah, sebagaimana dinyatakan oleh sebuah hadis yang bermaksud ; "Antara solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah sewaktu malam Jumaat, Malam 10 Muharram, malam 1 rejab, Malam pertengahan Syaaban dan dua Malam hari raya".



  • Rasulullah juga ada bersabda iaitu ; ''Itulah bulan syaaban dimana manusia lalai mengenainya iaitu antara bulan Rejab dan Ramadhan di mana segala amalan diangkat kepada Allah swt. Maka aku (Nabi s.a.w) sangat suka sekiranya amalanku diangkat sedangkan pada masa itu aku berada dalam keadaaan berpuasa."(Hadis riwayat Ahmad)



  • Dalam hadis yang lain juga , Rasulullah menyatakan; "Sesiapa yang memuliakan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan taat kepadaNya, Menahan diri dari melakukan maksiat, Allah mengampuni semua dosanya dan menyelamatkan dia pada satu tahun itu daripada semua bencana dan penyakit."



  • Sebenarnya terlalu banyak hal yang berkaitan tentang bulan Syaaban. Tapi ini yang sempat saya ingat untuk khutbah Jumaat tadi. InsyaAllah saya cuba untuk membuat intipati khutbah Jumaat pada Jumaat2 yang akan datang...InsyaAllah....(AT).

No comments: