Tuesday, December 1, 2009

HARI ARAFAH YANG MENDAMAIKAN

  • Alhamdulillah, begitu pantas masa berlalu, rasanya seperti baru sahaja kita melalui Hari Raya Aidilfitri yang lepas dan sekarang kita telahpun meraikan Hari Raya AidilAdha pada 10 Zulhijjah 1430 bersamaan 27 November 2009. Pelbagai amalan dilakukan bagi meraikan hari yang mulia tersebut. Pada bulan Zulhijjah sahaja sering mengaitkan kita sebagai umat Islam tentang para tetamu Allah yang menunaikan Ibadah Haji iaitu rukun Islam kelima. Bagi sesiapa yg telah menunaikan rukun ke-5 tersebut pasti akan terkenang dan begitu ghairah setiap kali tibanya musim Haji.
  • Antara amalan yang dianjurkan adalah seperti galakan berpuasa sunat dari 1 hingga 9 Zulhijjah, Berpuasa sunat Arafah pada 9 Zulhijjah dan melakukan ibadah korban bagi yang berkemampuan serta membayakkan Takbir, Tahmid, Tasbih dan Tahlil bermula 10 zulhijjah sehingga 13 Zulhijjah sebagai menzahirkan rasa syukur serta membesarkan Allah s.w.t.
  • Alhamdulillah, sememangnya menjadi kelaziman bagi saya untuk melaksanakan Ibadah puasa sunat pada hari Arafah. Berpuasa hari tersebut mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Ianya bersandar kepada Hadis Rasululllah s.a.w berkenaan ibadah puasa hari Arafah. Puasa Arafah adalah puasa yang dilaksanakan pada tanggal 9 Zulhijjah, seiring dengan dilaksanakannya wukuf di Padang Arafah oleh umat Islam yang melaksanakan ibadah haji. Puasa Arafah ini disunnahkan untuk umat Islam yang tidak melaksanakan ibadah haji. Sedangkan bagi yang melaksanakan ibadah haji, disunnahkan untuk puasa Arafah. Kelebihan Puasa Afarah Terdapat beberapa hadis yang menjelaskan tentang keutamaan puasa Arafah. Hadis tersebut diantaranya adalah:

  • Rasulullah s.a.w. bersabda; “Berpuasa pada hari Arafah menghapuskan dosanya setahun sebelum dan setahun sesudahnya”. (Riwayat Imam Muslim)

  • Dari Abi Qatadah ra Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: Berpuasa pada hari Arafah, sesungguhnya aku mengharapkan dari Allah agar dihapuskan dosa selama satu tahun sebelumnya dan satu tahun sesudahnya.

  • Dari Abi Qatadah r.a., ia berkata Rasulullah Saw. telah bersabda: “Puasa hari Arafah itu dapat menghapuskan dosa dua tahun, satu tahun yang telah lalu dan satu tahun yang akan datang.” (Riwayat Jama’ah kecuali Bukhari dan Tarmidzi).
  • Apa yang penting bg saya apa sahaja amalan yang kita lakukan perlulah dengan rasa rendah diri dan ikhlas kerana Nya. Kita hanya boleh berharap...tetapi urusan untuk memberi kita pulangkan kepada Allah s.w.t untuk menentukannya.

Suasana pada hari Arafah pada tahun ini, bagi saya mempunyai kelainan. Cuaca pada hari Arafah di Shah Alam dan mungkin ditempat lain juga tidak seperti pada hari-hari sebelumnya. sekian lama bumi dibasahi dengan hujan, tapi pada hari Arafah cuaca di sini sangat cerah, langit biru ditambah lagi kepulan awan yang tersusun indah. Angin bertiup dengan nyaman.....suasana alam ketika itu saya rasakan seperti sibuk berzikir dan menjalankan urusan ibadah kepada yang maha mencipta...sungguh tidak saya mengetahuinya kenapa saya merasakan sedemikian. Waalhua'alam. Saya biarkan ianya menjadi satu pengalaman indah yang akan tersemat dihati.


  • Alhamdulillah juga, disamping sibuk menguruskan persediaan untuk menyambut AidilAdha saya luangkan masa untuk membaca lembaran-lembaran ayat-ayat suci al-Quran yang mudah antaranya surah Yasin dan surah al-Mulk serta mendoakan kesejahteraan untuk diri sendiri, kedua Ibu bapa, Ahli keluarga, Assatizah dan Sahabat-sahabat saya yang saya ingat dan kasihi serta sahabat saya yang berada diperauntauan.
  • Malam AidilAdha 10 Zulhijjah 1430 saya penuhi dengan Takbir bersama jemaah Masjid Negeri Shah Alam serta bertemu dengan rakan-rakan yang beberapa tahun tidak bertemu..dengan iringan doa semoga semua nya beroleh kebaikan di dalam kehidupan.