Monday, December 29, 2008

1 MUHARRAM 1430 H


Alhamdulillah ..syukur pada Allah kerana memberi kesempatan kepada kita kerana dapat berada pada tahun baru Hijrah 1430. Syukur juga kerana permulaan Hijrah dapat diraikan di Masjid Negeri Shah Alam di mana doa akhir tahun dan awal tahun dibacakan dan diaminkan bersama-sama para jemaah yang turut hadir. Suasana di masjid malam tadi , tidaklah sama seperti malam-malam yang lain kerana kehadiran para jemaah yang ramai. Suasananya hampir menyamai sewaktu malam-malam di Bulan Ramadhan. Antara aktiviti yang diadakan oleh pihak masjid malam tadi ialah Forum Maal Hijrah. Sebelum forum dimulakan, majlis turut diserikan dengan bacaan al-Quran dari seorang Qari yang tidak saya dapat pastikan dan disusuli dengan bacaan Burdah. Tapi yang paling menyentuh hati saya ialah bacaan burdah yang mengingatkan kita tentang Rasulullah s.a.w. Bagaimanapun, Forum malam tadi agak sedikit hambar kerana sistem P.A yang tidak dapat disediakan dengan sempurna. Sebenarnya ramai jamaah secara beransur-ansur meninggalkan masjid. tak kurang ada yang kecewa dengan mengeluh.... Apa yang pasti bagi saya , apa yang terjadi mempunyai hikmah yang tersendiri...tapi tidaklah saya dapat kongsikannya disini. Cuma apa yang dapat saya serukan disini ialah..."Berpegang teguhlah kita dengan Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.."...pada malam itu saya sempat bertemu dengan Sohibus Saadah Dato' Pengarah JAIS, Kak Bibik n Yeye.... Tak lupa terima kasih kepada pihak masjid kerana menghadiahkan buku catitan, bahan bacaan dan juga kalendar.