Friday, December 26, 2008

MUSIM HAJI 1429




Panggilan Haji telah tiba lagi, menunaikan ibadah panggilan Baitullah....Al-hamdulillah syukur pada Allah kerana musim Haji 1429 telah pun kita lalui. Walaupun ia telah berlalu tapi kesannya sangat mengamit kerinduan di hati. Setiap kali tiba musim Haji, hati saya pasti teringat penuh kerinduan kenangan terindah menunaikan ibadah Haji lebih kurang 10 tahun yang lepas iaitu pada tahun 1999, Waktu tu saya pergi menunaikan rukun Islam yang kelima itu bersama nenek saya yang tersayang. Usia saya ketika itu 20 tahun. Tidak dapat saya lupakan setiap langkah dan detik sewaktu berada disana. Rasanya bagaikan mimpi bila berada di tanah haram ketika itu. Hanya Allah yang maha mengetahui. Sepanjang 45 hari berada disana saya manfaatkan dengan sebaik mungkin dengan menghampirkan diri kepada Allah. Apa yang menyebabkan saya bertambah bersyukur tanpa diduga jemaah haji pada waktu itu diberitakan tentang wukuf yang jatuh pada hari Jumaat atau dalam istilah lain iaitu Haji Akbar. Seperti sabda Rasulullah yang bermaksud ; Sesiapa yang berwukuf dipadang Arafah pada hari Jumaat, sesungguhnya ianya memperolehi pahala 70 kali haji. Walaubagaimanapun, apa yang penting bagi saya, falsafah daripada amalan-amalan haji perlu difahami dan dihayati di dalam kehidupan sebagai seorang muslim. Saya senantiasa berdoa moga Allah mengurniakan saya dan nenek saya dgn haji yang mabrur. Melihat suasana wukuf di arafah melalui siaran langsung di astro oasis, menjadikan saya berasa rindu untuk ke sana dan sedih bila mengingatkan kenangan terindah sewaktu berada di sana. Mudah-mudahan Allah yang pemurah akan mengurniakan kepada saya dan sesiapa sahaja untuk sampai sekali lagi kesana samada menunaikan umrah atau haji dan dapat pula menziarahi maqam Rasulullah s.a.w. Amin...

No comments: