Sunday, February 1, 2009

IKHLAS


Terdapat tiga sifat mahmudah yang perlu dijana dalam kehidupan peribadi kita. Tiga sifat yang dimaksudkan ialah sifat Ikhlas, Redha dan juga Sabar. Memperolehi sifat tersebut bukanlah mudah, tetapi jika sudah memperolehinya tidak pula mudah untuk dijaga. Bagaimanapun kali nie saya nak kongsi berkaitan dengan sifat Ikhlas sahaja.

Ikhlas adalah sifat hati yang sangat penting untuk dibina dalam hati kita, kerana dengan ikhlaslah Allah memandang hati seseorang hamba-Nya. Dengan ikhlaslah sesuatu amalan dan kebajikan akan mendatangkan pahala serta meraih pandangan Allah dan keredhaanNya. Sebagai contoh, amalan solat juga menuntut kita untuk ikhlas dalam melaksanakannya. kerana Ikhlas, solat tersebut akan memberi kesan terhadap ketenangan jiwa. Ikhlas sebenarnya merupakan perasaan yang sangat halus. Ia semacam satu perasaan dimana kita dengan Allah sahaja yang mengetahui.

Untuk mendapatkan rasa ikhlas tersebut ia memerlukan mujahadah. Tetapi sekiranya kita melihat dengan mata hati kita akan nampak cahaya keikhlasan seseorang itu tanpa dia sedari. Oleh itu, hati kita perlu diasah untuk ikhlas dalam semua perkara. Sebab banyak perkara menuntut kepada keikhlasan. Dalam amalan perlu ikhlas, berdoapun perlu ikhlas, bekerjapun perlu ikhlas dan bersahabat pun perlu kepada keikhlasan. Contoh yang lain, bila kita memberi sesuatu sadaqah kita perlulah ikhlas dan orang yang menerima juga perlu ikhlas menerima. Oleh itu marilah kita menjana sifat Ikhlas dalam hati kita....Amin

No comments: