Tuesday, January 6, 2009

DETIK 12 TENGAH MALAM 2009

Ya Allah jadikanlan Tahun Baru 1430 H dan 2009 M
sebagai peluang kepada kami untuk
memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri..Amin


Selamat Ulangtahun Kelahiran untuk Dr. Kamarol

Alhamdulillah setelah selesai melaksanakan tugas di Kaunter LZS-PKNS lebih kurang 10 lebih malam , saya , sepupu saya Dell dan sahabat saya Adrus telah di ajak oleh Dr.Kamarul dan beberapa rakan yang lain untuk melihat suasana sambutan Tahun Baru 2009 di Sg. Besi berdekatan Tesco. Tiba detik 12 malam , bunga api yang cantik kelihatan dari bangunan berkembar Petronas KLCC. Ramai juga yang meletakkan kereta di bahu jalan kerana ingin melihat pertunjukan bunga api. Pertunjukan tersebut berlaku lebih kurang 10 ke 15 minit. Masing-masing diantara kami mengucapkan "Happy New Year 2009" dan ada yang bertanya apakah azam tahun baru. ... Bagi saya , Tahun baru sebenarnya adalah satu bentuk ruang bagi seseorang untuk memulakan kehidupan baru. kerana dengan ada tahun baru seperti awal Muharram sebenarnya memberi ruang kepada kita untuk merancang dan melaksanakan sesuatu yang positif dalam hidup kita. Apa yang penting, biarlah azam tersebut memberi seribu satu makna dan pengertian kepada kita. Yang telah berlalu jadikan iktibar dan pengajaran, yang mendatang pula perlulah dilalui dengan penuh keikhlasan. Dalam kegembiraan sebahagian besar orang menyambut tahun baru ...sesekali kita jangan lupa tentang betapa ramai lagi orang yang sedang melalui kesusahan diluar sana. Lihat saja saudara-saudara kita seagama yang melalui kehidupan yang penuh getir di Palastin. Sama-samalah kita berdoa semoga Allah yang maha berkuasa memberi keselamatan, penjagaan dan pemeliharaan kepada umat Islam di palastin. sedih sebenarnya bila mengenangkan keadaaan yang berlaku. ...setelah melihat pertunjukan bunga api walaupun dari jauh...saya dan kawan-kawan terus pergi ke Taman Melati Gombak untuk menikmati minuman. dah lama tak berjumpa. bila ada peluang berjumpa maka banyaklah cerita yang keluar. Apapun sambutan tahun baru 2009 disambut dengan cara yang sederhana bersama-sama kawan. Moga ukhuwwah berkekalan. ...pagi tersebut kami sampai ke rumah lebih kurang jam 2.30 pagi. bila sampai rumah mata pulak tak boleh tidur...maka saya dan sahabat saya Adrus bersembang sampailah ke Subuh. Banyak yang dikongsi...apa yang penting setiap apa yang kita lalui pasti ada hikmahnya. Saya teringkat kata-kata bekas bos (Bro.Shahran) saya 10 tahun yang lalu ; Sesungguhnya tiada apa yang lebih berharga melainkan dapat membahagiakan diri sendiri dan orang lain. Oleh itu teruskanlah keceriaan moga hidup ini akan lebih bermakna untuk semua." Kepada Dr.Kamarul diucapkan selamat menyambut hari lahir yang ke 3?. Semoga dipanjangkan usia dalam ketaatan dan dilimpahkan rezeki yang berkekalan..cepat pergi umrah dan haji..amin2.

No comments: