Wednesday, January 7, 2009

CARILAH KETENANGAN HAKIKI










Pagi ini rakan setugas saya Mohd Zaki bin Abd Rahim, telah menunjukkan beberapa isu menarik yang terdapat didalam website isu hangat. Saya tertarik dengan satu isu yang berkaitan dengan kebakaran dalam sebuah pusat hiburan (disco) di Thailand. Ianya berlaku sewaktu kehangatan seluruh dunia menyambut kedatangan Tahun baru 2009. Saya turut mendengar berita berkaitan melalui berita TV3. seramai 59 orang telah didapati mati terbakar dan 100 orang lagi mendapat kecederaan. Sebenarnya kalau dilihat dari mata hati, semua orang termasuk umat Islam perlulah mengambil iktibar dan pengajaran yang berlaku. Mungkin kita tidak merasa apa-apa..tapi cuba saudara bayangkan sekira ianya berlaku kepada anak-anak atau keturunan kita yang mungkin kaki clubbing. Bukan hanya mati dalam keadaan begitu, tapi nama mangsa dan kedua ibubapa mangsa turut keluar di dada akhbar. Sudah pasti ibu bapa akan merasa keaibannya.

Oleh yang demikian, marilah kita belajar dari peristiwa ini. Didiklah diri kita dengan mencari ketenangan melalui jalan yang betul. Masjid di Malaysia ini terlalu banyak..tapi janganlah ianya dibiar gelap dan mati tanpa dihidupkan. Hadirkanlah hati kita untuk bersama-sama solat dimasjid atau surau. Disitulah sumber ketenangan dijiwa..kerana ia rumah Allah yang sepatutnya diimarah dan dihidup dengan amalan-amalan yang baik. Kalau tak percaya ...cubalah datang kemasjid dan anda akan dapat nikmatnya. Cahaya berada di atas cahaya. Lihatlah dengan pandangan mata hati....

Berdoalah kita semoga kita mati dalam Husnul Khatiman (kesudahan yang baik). Mati dalam Iman dan Islam...amin

1 comment:

Hunny said...

Salam,

Rasa insaf tengok gambar ni. Nauzubillah. Mudah-mudahan kita tidak dilorongkan ke jalan yang sesat.