Tuesday, January 6, 2009

BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DI MALAM ASYURA

Malam tadi saya mulakan 10 Muharram 1430 H (Asyura) bersama dengan anak-anak Yatim Yayasan al-Ijabah, USJ 4, Subang Jaya. Saya tiba di rumah sahabat saya ustaz Amin lebih kurang jam 8 malam. Saya singgah di stesen minyak untuk berbuka puasa dan kemudian singgah solat maghrib di Masjid An-Nur USJ 4. Setelah maghrib saya terus ke rumah anak-anak yatim. Sampai saja di situ anak-anak yatim beserta tetamu yang hadir sedang menikmati bubur asyura. Saya yang baru sampai turut dijemput menikmati bubur asyura. Sangat sedap rasanya kerana terdapat pelbagai ramuan di dalamnya. Sementara menunggu masuknya waktu Isyak saya bersembang dan berkenalan dengan beberapa orang anak yatim yang baru masuk di situ. Apa yang pasti anak-anak yatim di situ bertambah ramai dari biasa. Kami solat isyak berjemaah. selesai solat Isyak, sahabat saya ustaz Amin memulakan majlis bacaan Maulid dalam bahasa melayu diselangi alunan burdah dari suara anak-anak yatim. Tenangnya jiwa pada waktu itu mendengar bait bait nazam yang dibacakan. dalam ketenangan tersebut, saya dapati seorang dari anak yatim yang duduk disebelah saya menangis teresak-esak. saya mencelah bertanya kepadanya...Kenapa adik menangis? adik sakit ke? ..jawapnya dalam tangis.."saya rindukan emak saya...emak saya baik..dia tak pernah marah saya. Saya rindukan arwah ayah saya..." Pada waktu tu saya turut bersedih..terdetik dihati saya, kasihan budak ini. Walaupun usianya baru 8 tahun tapi dia mengerti erti rindu dan kasih. Hal ini mengigatkan saya yang pernah melalui saat begitu. Sebenarnya kehidupan seorang Yatim atau piatu tidaklah sama seperti insan-insan lain yang merasai kasih sayang dari kedua orang tua sewaktu kecil. Banyak perkara dari kecil sehinggalah dewasa kita akan lakukan dengan berdikari, termasuk sekiranya mempunyai masalah. Hanya kepada Allah tempat kita mengadu dan hanya Allah yang maha tahu perasaan insan-insan yang kehilangan kedua orang tua sewaktu kecil. Apapun saya bersyukur kerana anak-anak yatim yang ada disitu diberi perhatian dan kasih sayang yang sewajarnya dari insan-insan yang prihatin. Kepada Sahabat-sahabat saya yang menyumbang kepada majlis tersebut saya ucapkan terima kasih. Sumbangan tersebut telah saya sampaikan kepada Ibu ustaz Amin yang mengurus anak-anak tersebut . Semoga Allah memberi kebaikan kepada semua dan juga melipat gandakan rezeki diantara kita semua.

Adik Fahmi antara yang terkecil disitu berusia 7 tahun


Gambar sebelum solat Isyak. Kalau nak tau adik yang berbaju melayu warna biru yang saya maksudkan dalam cerita di atas. Seorang yang sangat happy diawal pertemuan menjadi seorang yang sangat sedih bila maulid dan burdah dibacakan..

Wajah-wajah anak-anak Yatim al-Ijabah


Wajah-wajah anak-anak Yatim Puteri
bersama Kak Nurhani Salwa




Bersama anak-anak Yatim yang saya anggap sebagai adik-adik saya




2 comments:

Hunny said...

Yolah Abang Dolah.. Selamat lah menjaga adik2 yang ramai tu. Jangan lupa tengok blog saya, isu yang sama, tapi berbeza olahan.

adam said...

mudah-mudahan tuan dipertemukan jodoh dgn wanita solehah yg selayaknya dgn tuan. jika ditakdirkan kak nurhani mungkin merupakan jodoh tuan yg direncanakan olehNya. InsyaAllah..