Saturday, March 7, 2009

DIARI HIDUP KU


Salam Semua,Hurm...dah lama saya tak menulis di dalam blog nie. InshaAllah dikesempatan yang terluang ni saya akan berkongsi dengan pembaca tentang beberapa perkara yang saya lalui dalam waktu-waktu terdekat ni. Sewaktu menulis ni, saya sedang berada di Old White Coffee, Kelana Jaya. Datang ke sini untuk sarapan pagi sambil mencari tempat yang selesa untuk menulis blog. Dah berkali-kali tertangguh...kali nie baru berkesempatan. Alhamdulillah. Oleh kerana tempat ini terletak di Kelana Jaya, sedikit sebanyak mengimbaukan saya kenangan silam sewaktu zaman remaja. Di sinilah saya tinggal dan meniti usia remaja bermula tahun 1990. Melihat beberapa tempat mengingatkan saya kenangan bersama-sama teman sekolah...tersenyum saya bersendirian. Kelana Jaya sekarang telah pun berubah wajah...banyak dulu nya kawasan dipenuhi hutan, tapi sekarang dipenuhi bangunan baru....Dikesempatan ini saya akan berkongsi bersama pembaca tentang beberapa perkara yang telah saya lalui tetapi tidak sempat saya kongsikan. Antaranya ialah :-

KURSUS KEROHANIAN & TEAM BUILDING

Pada 13 hingga 15 Febuari 2009 saya bersama hampir 300 orang kakitangan LZS telah dikehendaki menghadiri KKTB yang diadakan di Institut Latihan & Dakwah Selangor (ILDAS). Antara tujuan KKTB diadakan adalah untuk memberi suntikan kerohanian serta membina kekuatan ukhuwwah diantara kakitangan LZS. Pelbagai aktiviti telah diaturkan oleh pihak penganjur. Antaranya ialah ceramah, tayangan video, Treasure hunt, Qiyamulail, Solat berjemaah, Bacaan Mathurat dan sebagainya. Setiap akitiviti yang diatur punya maksud yang tersirat yang perlu difahami dan dihayati dalam kehidupan sebagai seorang umat Islam. Kesan daripada KKTB adalah diharapkan agar kakitangan LZS akan lebih bermotivasi dalam melaksanakan tugas sebagai seorang amil...pada hari terakhir, saya telah dijemput oleh pihak urusetia untuk menyampaikan ucapan bagi mewakili peserta lelaki...walaupun ada yang memandang rendah. Kepada yang memandang rendah saya ucapkan terima kasih...semoga Allah membetulkan hati kamu...dan menjadikan saya orang yang sabar terhadap kamu. Apapun yang kita lakukan dalam hidup ialah bergantung pada niat. Niat itu letaknya di hati. Hati pulak adalah letaknya pandangan Allah. Oleh itu sama-samalah berusaha membaiki hati mudahan kita menjadi insan yang baik hati dan elok budi pekerti...InshaAllah.

BENGKEL SKT DAN MODUL BERSAMA 36 NGOS

Pada 21 hingga 22 Febuari 2009 saya telah menghadiri bengkel tersebut diatas bertempat di De Palma Inn Hotel, Ampang. Saya dijemput sebagai moderator dan emcee bagi majlis tersebut. Terima kasih kepada pihak MAIS dan JAIS yang menjemput. Saya berkesempatan berkongsi untuk membangunkan modul bagi program remaja dan belia. disamping diberi kesempatan berkenalan dengan pelbagai pihak. Terima kasih juga kepada Dr. Sidek Baba (cikgu sidek) yang telah memberi input yang sangat baik. Semoga Allah memberi kebaikan kepada cikgu. Amin.

WACANA DAKWAH ZAKAT & FORUM BICARA AD-DEEN

Pada 28 Febuari 2009 , Alhamdulillah saya telah menganjurkan Wacana Penerangan Dakwah Zakat bersama NGO's Islam bukan Melayu. ianya bertujuan untuk memberi maklumat dan kesedaran mengenai ibadah zakat. Program ni diadakan di Bangunan Annex, SUK, Shah Alam. Bermula jam 8 pagi hingga 1.00 tengahari. Bagaimanapun , kehadiran tidaklah memberansangkan kerana dari 120 orang yang dijemput yang hadir hanya 30 orang. Hurm....terima kasih kepada MACMA dan MIM yang menghantar wakil.


pada sebelah malam saya telah dijemput untuk mempengerusikan forum bicara Ad-deen. Forum ini telah diadakan di Masjid , Sg. Congkak, Hulu Langat. Forum malam ini dihadiri oleh penduduk-penduduk di kampung tersebut. Dua orang panel yang mengupas tajuk berkaitan ibadah zakat pada malam tersebut ialah al-Fadhil ustaz Abdul Halim Din dan al-Fadhil ustaz Mohd Razmi. Forum tersebut berakhir jam 9.40 mlm. Disusuli dengan solat Isyak berjemaah dan jamuan makan malam. Lebih kurang jam 10.30 mlm kami bertolak pulang ke Shah Alam...sampai ke rumah di shah Alam lebih kurang jam 12.30 mlm. Terima kasih buat rakan-rakan yang membantu.

MAJLIS "KEKASIH ALLAH MENCINTAI KITA"

Pada 4 Mac 2009 saya telah berkesempatan untuk menghadiri undangan ke majlis "Kekasih Allah Mencintai Kita". Program ini diadakan di Kompleks Yayasan restu selama setengah hari. ianya dianjurkan secara bersama Yayasan Restu, ALC dan Hikmah. Dianggar lebih 300 orang yang hadir di dalam majlis tersebut. Saya juga turut membantu sebagai pengacara majlis. Program berkonsep tayangan multimedia dan ceramah. Ianya disampaikan oleh Ybhg. Ustaz Haji Muhamad bin Abdullah al-Amin, Pengasas Rumah Anak Yatim Yayasan al-Ijabah dan merupakan penceramah bertauliah dari JAIS. Sering kelihatan didalam rancangan al-Kuliyyah TV3 dan tanyalah Ustaz TV9. Program tersebut sangat baik. Ianya membawa kita mengimbau tentang Rasululllah s.a.w yang dicintai. Sewaktu ustaz menyentuh bab Rasulullah dan dakwah serta kisah kewafatan baginda cukup menyentuh hati saya. Sangat sedih dan tidak dapat saya gambarkan perasaan ketika itu. Kadang-kadang terfikir sejenak saya mengenangkan tentang kita dan keadaan sekeliling yang semakin jauh dengan nabi. Oleh itu marilah kita bersama-sama membanyak salawat ke atas Rasulullah s.a.w dan kalau boleh lapangkan dada untuk menghadiah Rasululllah s.a.w, ahli keluarga serta sahabat-sahabat baginda dengan bacaan al-Fatihah sebelum tidur, sewaktu bangun dari tidur dan sewaktu terkenang kita kepada Rasulullah s.a.w.

LATIHAN PERBARISAN SEMPENA MAULIDUR RASUL 1430 H

Tahun ni saya telah dipilih untuk menyertai skuad perbarisan sempena Maulidur Rasul peringkat negeri 1430 yang akan diadakan di Stadium Melawati, Seksyen 13 Shah Alam pada 9 Mac 2009.Dalam tempoh 2 minggu sebanyak 3 kali saya terlibat dalam latihan tersebut. Latihan diadakan di perkarangan masjid negeri. LZS menghantar 2 kontijen pada tahun ni iaitu lelaki dan perempuan. seramai 40 kakitangan lelaki akan menyertai perbarisan tersebut. Pada peringkat awal, saya sangat kekok dibuatnya. dah lama tinggalkan dunia perbarisan. rasanya hampir berbelas tahun. kali terakhir sewaktu tingkatan 2. Kebas kaki dibuatnya, sebab banyak hentakan. Tapi sekurang-kurangnya bersenam juga...hehe. Terima kasih kepada juruletih...hehehe....Tahun nie warna tema pakaian zakat ialah warna kuning muda. Baju telahpun ditempah, alhamdulillah sempat siap dalam 2 hari. Kepada yang berkelapangan dijemput beramai-ramai hadir ke Stadium Melawati. Banyak acara telah disediakan sempena Maulidur rasul kali nie. jumpa disana.....

MAJLIS MAULID DI MASJID AR-RAHMAN, KPG RAJA MUSA, KUALA SELANGOR

6 Mac 2009 Sekembali saya dari menghadiri Majlis Perasmian Masjid Abd Aziz, PJ oleh DYMM Sultan Sharafudin Shah saya terus balik ke rumah dan bersiap untuk ke Majlis yang disebutkan di atas. lebih kurang jam 5 petang saya terus bergerak dari Shah Alam menuju ke Rumah anak-anak Yatim di USJ 4. Kali ni saya akan mengiringi seramai hampir 50 orang anak-anak Yatim dan susah untuk menaiki Bas menuju ke Kuala Selangor untuk menghadiri Majlis tersebut.

Program tersebut telah dianjurkan oleh pihak masjid berkenaan serta sahabat saya kak Nurhani Salwa yang merupakan anak pak Imam di Masjid tersebut. Kasihan melihat anak-anak tersebut, mungkin kerana keletihan sekolah seharian ramai yang tertidur dan ada yang tertidur di riba saya...iaitu fahmi antara anak yatim paling kecil di situ. Semasa di dalam perjalanan sempat juga saya bersembang bersama beberapa anak-anak yatim tersebut...saya juga minta anak-anak tersebut mendoakan kebaikan untuk saya, nenek saya serta sahabat-sahabat saya. tak sangka bersungguh juga mereka mendoakan. Mudahan Allah memberi kebaikan kepada mereka dan memakbulkan hajat. Melihat mereka mengubat luka di hati....Perjalanan mengambil masa 1 jam lebih....al-hamdulillah, lebih kurang jam 7.45 kami selamat tiba di lokasi. Kami solat berjamaah maghrib bersama dan saya dijemput untuk mempengerusikan majlis pada malam itu. Ramai jemaah yang hadir. Ustaz Muhamad bin Abdullah al-Amin telah menyampaikan ceramah pada malam tersebut. Terdapat 6 bab yang dikupas secara ringkas tapi sungguh padat. bermula dari Keturunan Rasulullah s.a.w sehingga kepada Kewafatan dan Mukjizat Baginda s.a.w. Ceramah tamat lebih kurang jam 9.40 mlm. Disusuli dengan bacaan Salawat, Solat Isyak. Selesai solat kami dijemput untuk menikmati jamuan seperti Nasi ambeng, makanan glamour bagi masyarakat jawa.

Kemudian kami dipelawa ke rumah Kak Nurhani Salwa. Sekali lagi kami dijamu dengan buahan istimewa serta kepek-kepek yang mungkin dibuat secara asli oleh kaum keluarga kak Hani...hehe. Tq kak Hani...nanti boleh jemput. Lebih kurang jam 11 lebih malam saya dan anak-anak yatim menaiki bas bertolak pulang ke Subang Jaya. Sebelum bertolak kami diminta untuk mendengar satu iklan dari pihak penaja...iaitu....."sila buka muka surat....jangan lupa baca mengenai kak Madu"...:))) Dalam perjalanan pulang saya melihat Fahmi anak yatim yang antara yang kecil begitu fasih membaca surah Yasin yang dihadiahkan oleh kak Hani. Ya Allah terharu dan sangat bangganya dengan anak tersebut. Mudahan dia menjadi anak soleh. Walaupun bas dipadam lampu...tapi saya bagi handphone saya untuk menerangkan surah Yasin yang dibacanya....selapas Yasin dia mengantuk dan tidur di riba saya. SubhanaAllah....Kami sampai di USJ jam 12.45 mlm...dan saya terus pulang ke Shah Alam. Sempat juga sebelum pulang sy berjumpa ibu Ustaz Muhamad yang memaklumkan bahawa dia akan menunaikan umrah pada esoknya. Keesokannya juga disebelah pagi saya berjumpa ibu tersebut untuk memberi hadiah dan kiriman doa. Mudahan ibu mendapat umrah yang mabrur.

RAPTAI MAULIDUR RASUL DI STADIUM MELAWATI

7 Mac 2009 Pagi nie saya meluangkan masa bersama pihak JAIS dan penganjur untuk menghadiri sesi raptai bagi sambutan Maulidur Rasul di Stadium Melawati Shah Alam. Sebenarnya saya telah diberi mandat untuk menjadi back-up emcee sempena majlis tersebut yang akan diadakan pada 9 Mac 2009 inshaAllah. Walaupun back-up tapi saya juga perlu bersedia. ibarat kata pepatah "sediakan payung sebelum hujan." Saya melihat setiap perjalanan raptai yang diadakan untuk mendapat gambaran yang jelas. Sempat juga saya bertemu bersama kawan-kawan dari kumpulan Far East, Abg Ito Lara seorang komposer lagu dan pihak pengurusan JAIS. inshaAllah mudahan majlis tersebut akan berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan dari NYA. Dijangka seramai 93 Kontijen akan terlibat di dalam perarakan Maulidur Rasul kali ini.

2 comments:

Hunny said...

Mana gambar2 semua program2 tu? Especially kat umah i.Phone u kan ada kamera? Baru best.. Anyway, terima kasih la sudi nak jemput dan iring VVIP kami, iaitu anak2 yatim yayasan Ijabah. Jadi emcee plak tu.. Terharu saya anak2 tu sanggup naik bas jauh2 datang umah saya.. Tetiba rasa rindu plak kat diorang.. dah la baik2 semuanya.. Tak sempat nak sembang dengan diorang lama2 ari tu, buzy layan tetamu, dan diorang pun dah letih. harap2, lain kali dapat buat program lain dengan diorang.

adam said...

Alhamdulillah... tahniah dan moga tuan diberi kekuatan dlm melalui kehidupan yg byk simpang siul nya. Apapun yg berlaku ingat pd Allah.